Thor, Zeus, ni semua mitologi Barat, dan betapa kita asyik dalam mitologi Barat, kita lupakan mengenai mitologi kita sendiri, bahkan kisah setakjub Raja Suran turun ke laut pun kita dah lupakan.

Sebelum itu, kalau kalian peminat Mitologi Melayu, kami nak cadangkan pembelian Novel Fantasi kami, Hikayat Adiwangsa yang semestanya (universe) dibina seputar Mitologi Melayu yang menakjubkan. Jemput beli di Shopee kami! Link: http://ibit.ly/mXlg

Ceritanya lebih panjang ke zaman Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Raja Iskandar Zulkarnain pun berkahwin dengan puteri kepada Raja Kida Hindi iaitu Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Dari keturunan Aristun Syah, maka lahir Raja Suran, seorang penakluk berimpian nak menakluk China!

Raja Suran memerintah sebuah kerajaan bernama Amdan Negara, dan dalam perjalanan menuju ke China, Raja Suran telah berperang, menakluk kerajaan2 dalam perjalan tersebut. Salah satu daripadanya ialah Gangga Negara, di mana baginda telah berperang dengan rajanya Gangga Syah Johan.

Raja Suran sempat berkahwin dengan puteri raja Gangga Syah Johan iaitu Puteri Dara Segangga. Kemudiannya, Raja Suran tiba di kerajaan Langgiu. Selepas berperang, negeri itu pun ditaklukinya Raja Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu, puteri Raja Chulan, raja Langiu.

Akhirnya, selepas perjalanan yang panjang, baginda sampai ke Temasik. Di Temasik, baginda bertanyakan kepada pedagang China sejauh mana lagi perjalanan sebelum sampai ke China. Pedagang2 China yang takutkan kekuatan tentera Raja Suran akan menundukkan China pun bermain helah.

Pedagang China telah mengatakan bahawa betapa jauhnya perjalanan ke China dengan merujuk kepada mereka menjadi tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat, menunjukkan perjalanan yang panjang dari China henda ke Temasik.

Melihatkan itu, maka terus Raja Suran membatalkan niatnya. Dari kisah untuk menakluk China, Raja Suran telah mengarahkan orang di Temasik membina sebuah kotak kaca, supaya dia boleh turun ke dasar laut untuk melihat kerajaan dibawah laut.

Di sana, Raja Suran telah bertemu dengan pemerintah kerajaan bawah laut, bumi Dika iaitu Raja Aktabu’l-Ard dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu’l-Bahri, puteri kepada raja ini. Nanti dari perkahwinan ini, akan lahir tiga putera, Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita.

Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita nanti akan naik di Bukit Siguntang bersama dengan lembu putih, dan mereka akan mengasaskan kerajaan-kerajaan Alam Melayu hebat. Turunnya tiga putera raja ini di Bukit Siguntang membuatkan padi huma menjadi emas.

Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.

Dan tahukah anda bahawa kisah ini tak tertakluk pada tamadun Melayu sahaja? Kisah raja-raja purba turun dalam kotak kaca dalam ditemui pada mitologi lain di dunia.

Nampak tak lukisan kat bawah ni? Ini sebenarnya lukisan daripada Eropah yang menggambarkan bahawa Alexander The Great menyelam ke dasar laut menggunakan sebuah mesin persis kapal selam.

Dan ada banyak lagi lukisan-lukisan dari Barat dan Eropah yang menggambarkan Alexander The Great menaiki kapal selam. Contohnya di bawah pula mengambarkan Alexander menaiki mesin tersebut bersama seekor ayam, anjing dan kucing.

Panjang rantai yang mengikat mesin menyelam ke dasar laut ini dikatakan sepanjang 600 kaki. Dan dalam sejarah pula, ketika Alexander The Great ketika Pengepungan Tyre pada tahun 332 SM memerintahkan supaya setiap kapal selam yang dibina oleh kota Tyre. Ini ditulis Aristotle.

Persoalan sekarang ialah, apakah Raja Suran dalam teks Sulalatus Salatin itu telah menemui teknologi kapal selam yang hilang dalam sejarah? Dan apakah teknologi itu sudah sampai ke Alam Melayu?

Atau barangkali Raja Suran ialah “corupted version” kisah orang Melayu menceritakan mengenai nenek moyang mereka, seorang raja agung dalam sejarah? Kita perlu tahu bahawa raja-raja Melayu ada claim diri mereka keturunan Alexander The Great.

Dan dalam puisi Parsi lama, kisah Alexander dirakam persis Sulalatus Salatin. Dalam puisi ini, selepas Alexander puas menakluk seluruh dunia, ketika sampai ke hujung dunia, Alexander memerintahkan sebuah kapal selam dibina untuk dia melihat dasar laut. Ini lukisan Parsi pula.

Boleh jadi juga orang Melayu mendengar kisah ini sebab pengaruh kebudayaan Parsi sangat kuat dalam tamadun kita, lantas diserapkan ke dalam mitologi mereka, lalu lahirlah Kisah Raja Suran turun ke dasar laut!

Akhir kata, kami nak ajak semua untuk beli novel kami, Hikayat Adiwangsa yang bermain dengan konsep mitologi Melayu. Seperti mana orang putih bawa Thor dan Zeus ke dalam layar putih mereka, kami mencuba dengan novel Hikayat Adiwangsa. Beli di Shopee: http://ibit.ly/mXlg


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply