Bangsa Yahudi masih belum menyingkap habis sejarah nenek moyang mereka, yakni Bani Israil yang diberkati dengan banyak anugerah suci. Sampai hari ini bangsa Yahudi masih berbelah bahagi dalam bab penting seperti lokasi sebenar Kuil Sulaiman (as) di Perkarangan al-Aqsa (Haram ash-Sharif).

Tongkat baginda Musa (as) juga sedang dicari mereka… dan belum tentu boleh jumpa. Satu lagi artifak yang mereka gigih mencari adalah Peti Tabut, iaitu artifak suci daripada zaman kerasulan Musa (as).

Mungkin ada yang tidak tahu tentang Peti Tabut. Semasa menyendiri di Gunung Sinai selama 40 hari, baginda Musa (as) menerima wahyu penting daripada Yahweh.

Sememangnya, semua wahyu itu penting. Tidak mungkin wahyu diturunkan, jika ia tidak penting. Namun kepentingan wahyu ini sebenarnya mengatasi banyak perkara dalam bidangkuasa keagamaan Bani Israil.

Lakaran digital.

Kerana baginda diperintah untuk membuat Peti Tabut, siap ditunjuk cara dan hiasan pada permukaan lagi. Peti ini juga wajib dibuat dengan kayu shittim (akasia).

Pengurusan peti ini tersangat rumit. Ada hukum-hakamnya, dan tidak boleh dilaksana sesuka hati. Dalam peti ini, tersimpannya legasi utama tiga agama tauhid sekarang. Islam, Kristian dan Judaisme beriman baawa baginda Musa (as) dianugerahkan Sepuluh Hukum (The Ten Commandments).

Hukum-hukum suci ini dipahat pada sebuah batu bersurat, dipanggil Luchol HaBrit yang kemudian disimpan dalam Peti Tabut. Jadi sekarang semua nampak kepentingan peti ini di sisi Bani Israil.

Bendera Agung Kaum Terpilih

Peserta-peserta perαηg zaman dulu sangat terkenal dengan pengusungan sepanduk (banner) atau bendera. Kedua-dua pihak membawa sesuatu sebagai tanda identiti yang perlu dipegang. Bani Israil tidak membawa bendera atau sepanduk.

Kaum ini mengusung Peti Tabut sebagai tanda kebesaran bangsa. Sebenarnya, mereka wajib membawa Peti Tabut seperti diperintah Yahweh yang tidak ‘memberi muka’. Untuk pengetahuan semua, ada hukum jarak yang Bani Israil wajib ikut: Peti Tabut diusung suku Levi (salah satu suku Bani Israil) sahaja.

Dua pengusung ini pula perlu berada 2,000 hasta (800 meter) di hadapan Bani Israil. Ketegasan ini dipatuhi baginda Musa (as) dengan setia.

Dua pengusung bersuku Levi.

Malang sekali semangat waja baginda tiada pada umatnya. Bani Israil membuat dua dosa besar, iaitu isu lembu (Samiri) dan enggan berjuang di belakang baginda Musa (as) menentang kaum Uj (atau Raja Uj).

Dua perkara ini mengundang padah terhadap keberkatan kaum, yang kemudian diharamkan daripada menjejak kaki masuk dalam Tanah Suci selama 40 tahun. Ke sana sini mereka mengusung Peti Tabut, dipimpin para rasul sebelum Hoshea ben Nun (Yusya bin Nun) membawa mereka ‘pulang’.

Mereka melintasi Sungai Jordan dimana Yahweh menunjukkan kebesaran Peti Tabut. Sungai ini menjadi kering apabila pengusung Levi datang membawa peti. Bani Israil mengambil 12 buah batu daripada Sungai Jordan untuk mengenang kebesaran ini. Masalahnya, mereka kemudian pergi menyembah batu-batu tersebut.

Hilangnya Artifak Kesucian Ini

Kepatuhan Bani Israil pada hukum-hakam agama Judaisme telah menganugerahkan mereka sebuah kerajaan yang berdaulat. Tidak cukup dengan kerajaan, beberapa rasul siap menjadi raja yang hebat – contohnya Daud (as) dan anakandanya Sulaiman (as). Zaman mereka menandakan kegemilangan tidak terhingga.

Dan Peti Tabut dengan selamat disimpan dalam bandar suci Jerusalem. Walau bagaimanapun, kisah tentang peti ini berakhir semasa kerasulan baginda Sulaiman (as).

Peti Tabut.

Apabila Bani Israil hilang keberkatan, Yahweh menghantar Empayar Babylonia sebagai wakil pemυsηαh. Rαηαpnya Jerusalem memulakan detik pahit dalam sejarah Yahudi. Kerana Peti Tabut hilang, barangkali tertimbυs di sebalik timbυηαn kemυsηαhan.

Kalau ini yang terjadi, boleh kata tidak mengapa – tetapi ada pendapat menyatakan Peti Tabut dibawa keluar daripada Jerusalem sebelum kejatuhannya pada tangan Nebuchadnezzar lagi. Kerana ada satu ayat dalam Kitab Israiliyat yang memberikan mereka keyakinan luar biasa:

Peti Tabut diselamatkan seorang nabi bernama Jeremiah, yang membawanya ke sebuah gua di Gunung Nebo. Dan “di tempat inilah ia akan tersimpan di luar pengetahuan sesiapa sampai Aku mengumpulkan kaum Aku (semula).”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply