Alam lautan bukan boleh buat main. Dulu kala ramai kelasi melaporkan penampakan sotong gergasi. Beratus tahun mereka bercerita dalam catatan, yang menjadi lagenda dan hikayat tanpa asas saintifik. Sampailah saintis sendiri menjelajahi laut dalam dan terjumpa spesis Architeuthis dux.

Barulah sains mengiktiraf penampakan dalam semua catatan sejarah. Penemuan spesis A. dux seolah-olah menunjukkan banyak benda masih belum diketahui. Persoalan sekarang, mungkinkah satu hari sains akan mengiktiraf kewujudan duyung (merpeople)?

Banyak interpretasi menerangi pelita lagenda tentang duyung. Katanya duyung adalah sejenis makhluk campuran antara manusia dan haiwan laut.

The Arabian Nights meriwayatkan tentang sifat duyung, yang mempunyai “wajah terang seperti Bulan”, “rambut wanita” tetapi “tangan dan kaki dalam perut serta ekor seperti ikan”. Masalahnya, lagenda ini mekar selama ribuan tahun ke zaman Babylonia dengan dewa Apkallu atau Abgal.

Kebangkitan agama tauhid menghentikan kepercayaan pada unsur-unsur ini. Lama kelamaan, tradisi dan pantang larang menjadi sebahagian daripada kebudayaan melalui penulisan.

Hans Christian Andersen misalnya meminjam elemen ini untuk tujuan hiburan. Beliau menulis “The Little Mermaid” yang kemudian diadaptasi Disney. Maka saban zaman, prasangka orang ramai tentang duyung bertukar daripada imej pendewaan kepada cerita fiksyen.

Rentasan Jantina Duyung

Dalam cerita hikayat, reputasi duyung sebenarnya agak menakutkan. Duyung wanita dikatakan menayang kecantikan dengan sosok tubuh menggiurkan (Zurbrugg, 2018).

 

Ikut lagenda.

Kelasi yang kesunyian di laut pun tergoda. Duyung akan membawa mereka ke kawasan berbatu, dimana mereka akan dibμημh. Itu kalau duyung wanita (mermaid).

Kalau duyung lelaki (mermen), alamatnya lagi teruk. Mereka dikhabarkan boleh menyeru ribut di tengah laut.

Ini merman ka memerang?

Kuasa duyung saban zaman menjadi lemah. Ini adalah kerana tanggapan umum bahawa mereka bukan dewa-dewi. Dalam lagenda Scotland, bangsa duyung kelihatan seperti orang biasa cuma berkulit biru dan berjanggut kelabu. Kalangan The Blue Men ini akan mencabar nakhoda kapal dalam pertandingan syair (berbudaya betul puak duyung). Jika menang dalam peraduan syair, kapal nakhoda ini takkan diapa-apakan (The Scotsman, 2016).

Bab peraduan ini menarik sebenarnya. Kerana duyung Jepun (dipanggil kappa) juga akan berinteraksi dengan cabaran sama. Menang baru selamat. Cuma kappa agak “dark” kerana suka makan kanak-kanak dan sesiapa saja yang berenang terlalu jauh.

Kemunculan Duyung Sepanjang Sejarah

Penampakan duyung sudah kurang untuk dibandingkan dengan zaman terdahulu. Mungkin kesan daripada perubahan iklim – semua duyung pakat mαmpμs di dasar. Tetapi masih ada yang mengaku ternampak duyung. Ambil contoh pada tahun 2009, apabila seorang lelaki bernama Shlomo Cohen sedang beriadah di pantai Kiryat Yam dalam Israel.

Tiba-tiba beliau ternampak seorang wanita yang terbaring pelik. Apabila beliau menghampiri, wanita tersebut melompat… sekali gus mendedahkan ekor dan terus menyelam.

Pihak Israel memandang serius. Mereka mengumumkan ganjaran AS$1 juta kepada sesiapa saja yang boleh mengambil gambar Sang Duyung ini (Andrei, 2011). Ramai pelancong membanjiri Kiryat Yam dan menaikkan ekonomi tempatan semata-mata untuk mengambil peluang. Geliga betul otak kerajaan Israel. Cerita bangang dijadikan sumber pendapatan.

Tetapi ada satu penampakan sangat menarik untuk dikupaskan. Sebuah kuil di Fukuoka, Jepun, katanya menyimpan bαηgkαi duyung yang ditemui terdampar pada tahun 1222.

Katanya ini tinggalan tulang.

Biarawan kuil percaya yang duyung ini datang daripada istana dewa naga di dasar laut. Jadi beliau mengawet selama 800 tahun, suatu tempoh panjang yang mana tulang-temulang rangka ini sudahpun menjadi debu. Memandangkan rangka ini tidak diuji secara saintifik, tiada siapa tahu asal-usulnya.

RUJUKAN:
Andrei, M. (2011, April 27). Mermaid sightings in Israel lead into 1.000.000$ reward. ZME Science.

The Scotsman. (2016, Februari 3). Scottish myths: The Blue Men of Minch.

Zurbrugg, C. (2018, Mac 8). The Existence of Mermaids/Merfolk. The Psychology of Extraordinary Beliefs.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply