Korang dah jalan-jalan ke Turki? Kalau dah, angkat tangan! Banyak tempat cantik yang boleh menghiasi instagram dan tiktok korang. Dah la view sana aesthetic, kaya pulak dengan budaya sufi yang mempesonakan.

 

Istanbul, Konya, Bursa dengan Cappadocia ni korang kena pergi paling kurang sekali seumur hidup. Sebut saja Turki, mesti terbayang orang pakai jubah putih dengan kopiah panjang sambil menari pusing-pusing. Seni ini dipanggil whirling dervish. Tahukah anda, ia diambil dari Jalaluddin Rumi.

 

Jejak je Istanbul, korang akan jatuh cinta dengan Rumi. Apatah lagi kalau pergi ke Konya. Asal muasal whirling dervish pun dari kota yang bersejarah itu. Alang-alang jelajah Istanbul, lajak teruslah ke Konya yang terletak di Anatolia. Kota tua itu pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Bani Seljuk dan Turki Uthmaniyah.

 

Korang boleh menaiki Turkey’s high-speed trains (Yüksek Hızlı Tren, YHT) dari Istanbul ke Konya. Sampai ke Konya, terus cari Mevlana Museum kerana Jalaluddin Rumi bersemadi di situ. Korang juga boleh menaiki trem dari Alaaddin tram melalui Alaaddin-Adliye line dan turun di Mevlana stop. Kalau naik bas pun boleh pergi dari pusat bandar.

 

Alamatnya: Aziziye Mah, Mevlana Cd. No: 1, 42030 Karatay / Konya. Ia buka setiap hari dari 9.00 am sampai 5.30 pm. Masuk adalah percuma. Dari jauh, korang dah boleh nampak bangunan berupa masjid dengan kubah dan menara berwarna hijau turquoise.

 

Semasa kesultanan Seljuk, lokasi ini merupakan taman mawar istana. Ayahanda Rumi, Bahauddin Walad pernah cakap jenazah keluarganya akan dimakamkan di sini. Kata-katanya menjadi kenyataan. Sultan Alauddin Kaykobad menghadiahkan tempat itu sebagai tempat pemakaman keluarga Rumi.

 

Hari ini, Republik Turki dah jadikannya muzium. Ada pameran yang mengabadikan whirling dervish sebagai sejarah peradaban Turki. Korang boleh tengok bagaimana gambaran kehidupan sufi di zaman Uthmaniyah.

 

Di sinilah Jalaluddin Rumi mengajar rakyat jelata Anatolia. Punyalah besar pengaruh tarbiyah Rumi sampaikan Khilafah Turki Uthmaniyah menyebarkan magnum opusnya, Mathnawi ke banyak wilayah. Pada zaman kegemilangan, Uthmaniyah berkuasa di tiga benua: Arab, Eropah dan Afrika. Masjid kat Bosnia sana pun membuka kitab Mathnawi dalam kuliah.

 

Modernization dan sekularisme tidak menghakis jiwa sufi. Sehingga abad ke-20, masih ada ulama yang mensyarahkan kitab-kitab Rumi. Tahirul Mevlevi yang wafat tahun 1951 banyak menghasilkan syair, artikel dan mempunyai ijazah bagi mengajarkan Mathnawi.

 

Di antara muridnya adalah Sefik Can yang menulis buku Fundamentals Of Rumis Thought: A Mevlevi Sufi Perspective. Kalau pergi pesta buku antarabangsa, korang boleh masuk reruai Turki dan carilah buku ini.

 

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

 

 

Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/

 

Jumpa penulis kami di PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR pada 1-10 DISEMBER ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply