Kemuncak kuasa politik dan geografi Kerajaan Abbasiyah ialah di zaman Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah di Baghdad. Khalifah Harun al-Rashid berhubungan diplomatik serta bertukar delegasi dan hadiah bersama Raja Frank Charlemagne yang mentadbir di Aachen.
Antara hadiah yang menarik diberikan oleh Harun al-Rashid ialah jam air. Ada lagi hadiah lain seperti gajah Afrika yang masih hidup, dulang emas, tempayan, minyak wangi, catur dan jubah yang disulam perkataan “La ilaha illallah.”
Jam ialah alat yang masih tidak diketahui kewujudannya di Eropah pada abad ke-8. Tibanya jam itu menarik perhatian semua di kediaman Charlemagne. Voltaire menggambarkan jam ni sebagai satu keajaiban. “Orang Islam dah maju dan tahu tentang falsafah, fizik, astronomi dan perubatan. Macam mana benda ni baru diketahui orang Eropah?”
Sayangnya, jam ni tak bertahan sampai sekarang. Bagaimanapun, fizikal jam di sempat dicatatkan di dalam Royal Frankish Annals. Jam dia tak sama dengan sekarang. Setiap sejam, satu bebola kecil dan menggerakkan penunjuk jam dan loceng akan berbunyi. Penunjuk jam dia ialah 12 penunggang kuda yang keluar dari 12 pintu. Menarik lagi bila jam ini digerakkan oleh air.
Macam mana Islam boleh buat jam air ni?
Teknologi jam air ni ada hubungan dengan pelbagai budaya dan wilayah sebelum dan selepas Islam.
Orang Parsi menggunakan teknologi fenjān untuk menetapkan tempoh masuknya air untuk pengairan pertanian dan memastikan air masuk dengan jumlah yang tepat.
Manakala, teknologi Mesir Purba membina jam air yang guna gerakan apungan yang meningkat untuk gerakkan gear dan roda gigi yang buat banyak pergerakan automatik seperti bola logam jatuh dan loceng berbunyi.
Dan teknologi China membina menara jam astronomi mungkin menjadi ikutan sarjana di Baghdad. Jam ni dibina oleh Su Sung pada 1094M. Digerakkan oleh roda air yang berada di dalam menara.
Penggunaan jam air di zaman Harun al-Rashid dibuktikan dalam tulisan Al-Jahiz di dalam Kitab al-Haywan;
“Khalifah dan ulama kita menggunakan astrolab pada siang hari dan bankamat (jam air) pada waktu malam untuk tentukan waktu.”
Oleh: Azizul Farhan
Kerajaan Umayyah dan Kerajaan Abbasiyyah ialah dua kerajaan penerus kekhalifahan yang turut ditulis dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami sementara diskaun masih ada: bit.ly/ktislam
Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply