Tengok hantaran gambar pertama ni, memang tak heran la Perancis ni terang-terang ikut Amerika Syarikat (AS) sokong Israil dan kononnya tentera Hàmmas ni pengganas. Sekali baca komen, ramai spam emoji bendera Falastin! Hah, ambik kau Perancis!

 

 

Untuk trivia ni saya ceritakan pasal tugu terkenal Perancis ni, Menara Eiffel. Projek ini bermula pada 26 January 1887 sebagai persiapan dalam sambutan Pameran Dunia dua tahun kemudian, sempena menyambut tahun ke-100 peristiwa Revolusi Perancis.

 

Pelan menara ini dihasilkan oleh jurutera jambatan bernama Gustave Eiffel. Beliau merancang untuk membina menara yang hanya diperbuat dari rangka besi dengan setinggi 300 meter. Ya, dua kali ganda tinggi dari Piramid Giza di Mesir tu!

 

Tapi, untuk membina menara yang bakal menjadi simbolik negara Perancis ni bukan mudah. Dengan seramai 300 orang pekerja saja, Eiffel harus memastikan rangka besi ini kuat dan tahan dengan kekuatan angin. Tersilap langkah, projek ni musnah sekelip mata saja!

 

 

Ramai jugalah pengktitik projek Eiffel ni, terutamanya golongan sastera dan seni. Yelah, kalau ikut logik akal, bahaya kalau bina menara hanya pakai rangka besi. Kalau tersilap, hancur seluruh kota Paris!

 

Golongan arkitek pun tidak terkecuali kutuk projek Eiffel dengan mengganggap menara itu adalah memalukan dan akan cemarkan nama Perancis. Tapi, Eiffel tak kisah! Dia buat terus sampai siap projeknya. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan!

 

Dua tahun kemudian, akhirnya siap Menara Eiffel. Semasa Pameran Dunia berlansung, menara ini menjadi tumpuan seramai 2 juta pengunjung!

 

 

Sekarang, Menara Eiffel menjadi tugu utama Perancis dan masih lagi menjadi tumpuan para pelancong. Tapi sayang, Perancis ni ikut jejak negara Asia sana yang kuat ‘menjilat’ Israil.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply