Rasanya korang pernah layan movie Hansel & Gretel: Witch Hunters (2013), mengisahkan dua orang adik-beradik bekerja sebagai pemburu ahli sihir atau ‘witch’ yang mengganggu penduduk kampung. Sampai saya sendiri berangan nak jadi pemburu ahli sihir!

 

Sebenarnya, movie ini diataptasi dari kisah dongeng atau ‘fairy tale’ bertajuk ‘Hansel & Gretel’ yang direkodkan oleh adik-beradik Grimm pada tahun 1812.

 

Kisahnya bermula masa era 1300-an. Masa ni musim kebuluran memang teruk. Jadi, ibubapa Hansel dan Gretel ini terpaksa tinggalkan anak-anak mereka ke dalam hutan belantara, supaya anak-anak ini tidak ikut hidup sengsara.

 

 

Setelah ditinggalkan, Hansel dan Gretel merayau sampailah jumpa sebuah rumah yang penuh dengan makanan manis macam kek, biskut, dan gula-gula.

 

Di sinilah mereka berdua makan sepuas-puasnya sampai tak ingat dunia. Lepas tu kedapatan oleh seorang nenek tua, si pemilik rumah biskut dan kek. Nenek tua itu mempelawa adik-beradik ini tinggal sama-sama.

 

Tapi, Hansel dan Gretel tidak tahu yang nenek tua itu ialah ahli sihir. Rancangan nenek itu ialah memakan adik-beradik ini, bermula dengan gemukkan si Hansel dulu.

 

Sudah pastikan Hansel cukup gemuk, nenek tua ini sediakan ketuhar arang. Dia meminta Gretel periksa dulu sama ada ketuhar itu cukup panas atau tak, padahal nenek itu rancang nak tolak Gretel ke dalam ketuhar.

 

Gretel tahu siapakah nenek tua itu dan rancangannya untuk memakan mereka berdua. Jadi, Gretel merancang untuk berpura-pura tidak tahu periksa ketuhar.

 

Masa nenek mengajar dengan jenguk dalam ketuhar, Gretel terus tolak dan kunci pintu ketuhar. Si nenek yang tertipu memaksa Gretel untuk buka pintu ketuhar tapi dah terlambat. Rentung satu badan si nenek tua!

 

 

Gretel kemudian keluarkan Hansel dari bilik dan membawa semua harta milik nenek tua. Mereka berdua kemudian berjaya balik ke rumah asal dan memberikan ayahnya harta tersebut. Dan, mereka sekeluarga hidup bahagia!

 

Maka, tamatlah kisah Hansel dan Gretel yang sebenar. Pengajaran dari kisah ni ialah belajar untuk hidup berdikari dan bekerjasama walaupun adik-beradik kalau hidup sendirian.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply