Ada satu pekerjaan dari Eropah ni, agak seram bagi kita tapi beginilah cara mereka untuk mencari sesuap nasi dan kesihatan diri, walaupun terpaksa kudungkan kaki sendiri!
Uish, kerja apa yang sanggup buatkan pekerja potong kaki sendiri? Pekerjaan itu ialah pemungut pacat dan lintah.
Kita kembali era 1700-an dan 1800-an. Masa ni pemungut pacat adalah kerja yang menguntungkan bagi orang Eropah sana. Pacat dan lintah yang mudah ditemui di kawasan paya dan tanah lembap berguna untuk terapi membuang darah atau ‘bloodletting’.
Cara mereka tangkap pacat dan lintah agak aneh, iaitu menggunakan kaki seseorang yang kudung atau kuda yang uzur, sebagai ‘umpan’ untuk pacat datang dan hisap darah di kaki kudung dan kuda itu.
Kalau nak senang, pakai kaki sendiri sebagai ‘umpan’. Nak dapatkan banyak pacat? Potong kaki sendiri! Hah, ni cara ekstrim mereka untuk dapat kumpul banyak pacat! Gila tak?
Tapi, berhasil jugalah cara mereka pungut pacat ni. Sebab, dalam dunia perubatan, pacat dan lintah menjadi haiwan penting dalam terapi ‘bloodletting’ kerana mampu keluarkan cecair kotor bercampur darah dalam badan, macam cecair dalam bengkak.
Dan dah takde pekerjaan pemungut pacat ni. Pacat dan lintah yang diperoleh sekarang dari tempat penternakan supaya haiwan ini tidak menjangkiti pesakit melalui hisapan darah. Kalau ada, mungkin ramai mat saleh sana kudung kaki!




No comments yet