Tipikal bagi orang berperang memakai perisai setiap kali turun ke medan pertempuran. Ini bermakna semua bahagian perlu dilindungi termasuk bahagian muka. Bagi para samurai Jepun, men-yoroi merupakan alat pelindung muka yang tidak akan ditinggalkan setiap kali bertempur. Contoh penggunaan men-yoroi dapat dilihat dalam satu adegan filem The Last Samurai.

Pengguna men-yoroi mempunyai dua pilihan setiap kali menggunakannya iaitu sama ada seluruh muka atau menutup bahagian bawah muka mereka. Dan ini dipengaruhi oleh empat jenis men-yoroi yang ada iaitu somen, menpo, hanbo dan happuri.

Kalau pakai somen, maknanya pelindung muka yang digunakan meliputi semua bahagian muka. Pakai menpo pula, itu setakat tutup hidung sampai dagu. Hanbo lebih kurang sama dengan menpo tetapi ia hanya menutup bahagian bawah muka. Manakala happuri pula berperanan sebagai pelindung dahi dan pipi.

Sebelum kita sambung, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN JEPUN. Dengan sejarah negara itu yang lama, masih banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Jepun dari Shogun hingga budaya mereka yang unik. Dapatkannya sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Jepun-i.238336777.17556954102

Walau apa saja pilihan, ia bagi memastikan ketopong perisai tidak tanggal semasa bertempur dengan cara mengikatnya di bawah dagu. Kebiasaannya, bahan yang digunakan untuk menghasilkan men-yoroi ialah besi, kulit atau gabungan kedua-dua bahan. Setelah itu, ia akan dicat dengan lakuer sebelum ditambah elemen lain seperti kening, misai dan janggut palsu.

Contoh men-yoroi jenis menpo era Edo. Sumber: Samuraiantiqueworld/CC BY-SA 3.0

Tetapi bagi sesetengah samurai, setakat pakai ini saja tak cukup. Ada yang buat kejutan dengan pakai topeng-topeng berbeza seperti yokai (hantu/raksasa mengikut kepercayaan masyarakat Jepun) atau Noh (sejenis drama tarian tradisional Jepun) bila turun berperang.

Dan ia didorong oleh faktor psikologi atau lebih tepat menguasai ketakutan pihak lawan. Di medan perang, askar pihak yang bertelagah tahu lawan mereka merupakan ancaman kepada nyawa mereka. Tetapi bila melihat samurai memakai men-yoroi menakutkan terutama jika ia dilengkapi dengan kening, misai dan janggut palsu, itu mampu buat sesiapa saja terkencing walaupun lawannya bukan ancaman sebenar.

Fenomena psikologi ini yang dipanggil sebagai uncanny valley. Apabila seseorang itu memakai topeng, orang takkan dapat tengok ekspresi muka untuk nilai niat si pemakai. Bila itu berlaku, minda orang yang melihat jadi keliru dan tak tahu bagaimana nak bertindak balas terhadap apa yang dilihat. Hanya selepas melihat si pemakai mahu menyerang, maka barulah tercetus reaksi badan sama ada untuk lawan atau lari. Tetapi bila itu berlaku dalam konteks samurai, hanya satu kesudahan saja: kematian buat lawan yang disasarkan.

Samurai yang memakai men-yoroi sukar diakali kerana tiada ruang melihat emosi yang disembunyikan di sebalik pelindung muka mereka. Sumber: Vassil/CC BY-SA 3.0

Tanpa men-yoroi, pihak musuh boleh saja mengagak niat dan cara seseorang samurai itu berlawan. Ini memudahkan mereka mengeksploitasi faktor-faktor seperti emosi dan kelemahan fizikal mereka bagi membantu menewaskan lawan yang dinyatakan. Tetapi dengan men-yoroi, sebarang ruang untuk mengeksploitasi kelemahan pihak lawan tidak wujud sekaligus memberi kelebihan besar kepada si pemakai bila berlawan.

Selain itu, pengaruh mitologi juga perlu diambil kira bagi men-yoroi yang dipakai. Misalnya, jika samurai mengenakan men-yoroi yang mempunyai imej Tengu, ia berdasarkan mitos Buddha Jepun yang melihatnya sebagai pencetus api peperangan. Mana taknya, Tengu bukan saja sentiasa mengacau kerja sami Buddha malah turut mengganggu kerabat diraja Jepun. Justeru, dengan memakai men-yoroi sebegini, pihak musuh tahu mereka bakal berdepan lawan sukar.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Men-yoroi amat berguna sebagai pelindung muka lebih-lebih lagi dengan mempertimbang pelbagai senjata yang digunakan oleh samurai-samurai Jepun. Selain pedang katana, senjata lain yang digunakan ialah naginata, odachi dan tanbo (sejenis senjata berbentuk seperti belantan). Terkena pukulan atau libasan mana-mana senjata ini sudah pasti menyakitkan lagi-lagi pada bahagian muka. Justeru, dengan mengenakan men-yoroi, ia sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan kecederaan pada bahagian yang dipukul/dilibas.

Ramai sejarawan percaya men-yoroi digunakan sekurang-kurangnya sejak era Heian (794-1185 Masihi). Ia mula popular dari akhir era Muromachi (1333-1573 Masihi) hinggalah era Azuchi-Momoyama (1573-1584 Masihi). Tetapi menjelang era Edo (1603-1867) atau era Keshogunan Tokugawa, ia lebih popular sebagai objek seni terutama bagi men-yoroi jenis happuri dan menpo.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

RUJUKAN

Sinclaire, C. (2004). Samurai: The Weapons and Spirit of the Japanese Warrior. Publisher Globe Pequot. 

Japonais, K. (2022, 3 Julai). What is a Men-Yoroi?. Katana-Sword.com.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply