Sebut saja pedang katana, kita sedia maklum ia dikaitkan dengan samurai lelaki. Tetapi bagi golongan wanita atau lebih tepat onna-bugeisha (pahlawan wanita), naginata menjadi pilihan.

Naginata ialah sejenis pedang lengkung yang dipasang pada sebatang galah. Ia dikatakan mula menjadi pilihan senjata pahlawan pendeta sejak abad kelapan lagi. Tetapi ia mula menjadi pilihan para samurai Jepun semasa tempoh Kamakura (1192-1333).

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Dari satu segi, naginata mempunyai banyak kelebihan berbanding katana. Sebagai galah, ia mempunyai jangkauan yang lebih panjang – satu kelebihan bagi tentera berkuda. Mata naginata yang tajam dan halus tetapi berat berupaya memberi pukulan maut kepada pihak lawan. Paling menarik, pemain naginata boleh saja mengakali ramai pemain katana dengan beberapa gerakan pada tangan.

Naginata

Dengan melihat semua aspek ini, naginata tidak direka khusus untuk kaum Hawa. Tetapi ia mula dikenali sebagai senjata golongan wanita semasa tempoh Sengoku (era perang saudara dan ketidakstabilan sosial di Jepun dari 1467 hingga 1615).

Semasa tempoh ini, ramai daimyo meninggalkan istana masing-masing bagi memimpin operasi ketenteraan atau menjarah lawan mereka. Justeru, tanggungjawab menjaga keselamatan isi rumah mereka digalas oleh kelompok bangsawan wanita. Bagi golongan wanita, naginata dianggap senjata terbaik kerana ia memberi mereka kelebihan dari segi jarak tanpa perlu bergerak banyak dan meletakkan mereka dalam situasi merbahaya.

Samurai vs wanita bersenjatakan Naginata

Terdapat banyak legenda berkisar tentang wanita menggunakan naginata. Misalnya, isteri seorang daimyo bernama Mimura Kotoku terkejut selepas melihat musuh suaminya menceroboh istana bersama beberapa orang pengawal samurai. Lantas, si isteri mengambil naginata dan menghayunkannya terhadap mereka.

Kesemua mereka enggan melawan wanita tersebut dan memanggilnya iblis kerana kesungguhan untuk melawan. Disebabkan keengganan mereka, kesemua pengawal musuh Mimura mati dibunuh oleh isterinya. Ini memaksa musuh Mimura berundur dan melarikan diri. Dengan menghayun naginata, wanita menunjukkan rasa tanggungjawab dan kehormatan dengan mempertahankan kehormatan isi rumah mereka.

Kisah naginata menjadi lebih terkenal menerusi Nakano Takeko. Takeko mengetuai kumpulan onna-bugeisha yang berjuang bagi pihak Shogun Tokugawa Yoshinobu yang menentang askar-askar yang berusaha mengembalikan kedudukan maharaja di Aizu dari Oktober hingga November 1868.

Nakano Takeko

Kumpulan onna-bugeisha ini pada awalnya berupaya mengejutkan lawan mereka kerana disebabkan status mereka sebagai kaum wanita. Di sebalik bilangan musuh yang ramai, itu langsung tidak menggentarkan Takeko dan terus mengetuai onna-bugeisha melawan mereka. Tetapi pada akhirnya, beliau cedera parah selepas ditembak beberapa kali oleh pasukan pro-maharaja.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Takeko meminta agar kepalanya dipenggal. Ini bagi memastikan kepalanya tidak dilarikan oleh pihak musuh sebagai trofi kejayaan mereka di Aizu. Permintaannya itu ditunaikan dengan kepalanya dikebumikan di sebuah kuil Hokai berhampiran. Naginata yang digunakannya turut didermakan kepada pihak kuil.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Pihak lawan juga merasa terganggu setiap kali onna-bugeisha mendeklamasikan sajak kematian mereka dalam pertempuran sama. Sajak tersebut berbunyi:

“Setiap kali aku mati
dan dilahirkan kembali ke dunia
impianku hanya kembali
bergelar pahlawan setia…”

Melihat setiap bait sajak ini, tidak hairanlah ramai askar pro-maharaja gerun melihat wanita yang menggunakan naginata.

RUJUKAN

Fletcher, Z. B. (2022, 18 Mac). THIS JAPANESE WEAPON WAS GEARED TOWARDS WOMEN—OR WAS IT?. HistoryNet.

Sumber gambar: Instagram KatanaMart


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply