Pada tahun 2017, seorang Arkeologis yang bernama Dan’s Gibson dalam bukunya “Early Islamic Qiblas” telah mengeluarkan sebuah fakta yang sangat bertentangan dengan norma masyarakat Islam iaitu kedudukan Qiblat yabg sebenar adalah berada di Petra, Jordan kini.
Kajian ini tidaklah mengejutkan kerana beliau merupakan seorang missionari yang sedaya upaya mewujudkan persepsi dan was was dalam beragama. Namun, hujah yang dibawanya juga dikatakan cukup kuat dengan bukti dan dapatannya seperti Arah Qiblat beberapa masjid lama (Masjid di Mesir,Iraq dan di Palestin mengarah ke Petra. Dapatan ini dibidas oleh David A. King dalam thesisnya “The Petra Fallacy”. Sebenarnya, kaedah atau pengukuran Qiblat adalah melalui beberapa kaedah yang menggunakan ukurannya yang tersendiri. Ukuran yang tepat dan ilmu ini wujud ketika zaman Khalifah Abasiyyah.
Jikalau dilihat secara menyeluruh, masjid masjid yang lama ini hanya menggunakan anggaran semata mata bagi mendapatkan arah Qiblat ke Mekah seperti Masjid di Palestin yang terletak di utara Masjidl Haram, Mekah. Sewajarnya, orang di sana akan mengambil arah selatan sebagai arah Qiblat kerana anggaran mereka, Mekah berada di arah selatan mereka. Petunjuk arah inilah yang dipertikaikan Dan’s Gibson yang menggunakan ukuran Moden terhadap anggaran Qiblat yang digunakan oleh penduduk Palestin sebelum wujudnya ukuran dan kaedah untuk menghala ke Mekah. Justeru, memang thabit akan berlakunya pertembungan dengan kedudukan Petra, Jordan dan Mekah yang juga terletak di Selatan Palestin.
Hujah Dan’s Gibson ini juga mampu dipatahkan dengan beberapa hujah melalui Dalil Quran iaitu,
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. (Baqarah :144)
وَلِتُنْذِرَ اُمَّ الْقُرٰى وَمَنْ حَوْلَهَاۗ
Agar engkau memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang ada di sekitarnya. (An’am:92)
Untuk mengatakan Petra bahawa Qiblat juga adalah tidak thabit kerana tiada apa tinggalan sejarah Agama Samawi di sana. Yang ada cumalah tinggalan Kerajaan Nabateean yang menjadi kerajaan naungan di bawah Empayar Rom. Tidak seperti Baitul Maqdis dan Mesir yang mempunyai ratusan kisah Anbiyaa. Begitu juga Mekah yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Justeru, falasi ini dicetuskan bagi menimbulkan keraguan dalam beragama sahaja. Pegangan Falasi ini dipegang beberapa ajaran yang digazetkan sesat oleh Majlis Agama Islam iaitu Gerakan Ajaran Ahmadi ataupun Qadiani ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih