Kepada yang dah terbiasa tengok series Avatar, mesti korang rasa sangat geram dengan Fire Nation. Ye lah kerja dia asyik nak jajah negara orang. Sampai satu tahap deme pergi hapuskan puak air nomad.
Persoalannya kenapa deme suka jajah negara lain?
Sebelum tu Fire Nation merupakan satu-satunya negara dalam series Avatar yang dah memasuki revolusi perindustrian. Buktinya deme buka begitu banyak kilang. Malah deme juga sudah mula meneroka teknologi kapal wap dan belon udara panas.
Benda ni nampak berbeza dengan negara-negara lain. Earth Kingdom nampak agak stagnant. Sebab teknologi paling power deme ada pun adalah LRT sahaja. Puak Air Nomad pulak suka berpindah randah. Southern and Northern Water Tribes bergaul sesama mereka sahaja. Secara tak langsung Fire Nation nampak lagi maju.
Ditambah lagi Fire Nation merupakan negara yang mengamalkan konsep kesatuan. Bermakna kesemua wilayah dalam Fire Nation diperintah secara langsung oleh kerajaan pusat yang diketuai seorang raja.
Bila dah masuk ke revolusi perindustrian, Fire Nation perlu menakluk beberapa wilayah Earth Kingdom untuk bangunkan kilang. Masalah Earth Kingdom ni pulak setiap wilayah tu ada kuasa autonomi sendiri hingga menyebabkan kota seperti Omashu mudah ditakluk dan dijadikan koloni.
Sekali imbas nampak macam Fire Nation ni serupa macam Jepun. Sebab setelah Jepun masuk ke revolusi perindustrian, deme terus gerakkan tentera untuk takluk negara lain. Lepas tu sembang nak buat wilayah kesemakmuran Asia Timur raya.
Sama macam Raja Sozin sembang dengan Avatar Roku. Katanya nak takluk negara lain sebab nak sama-sama rasa makmur.
Bukan setakat perangai Jepun je si Fire Nation ni ikut, perangai Sepanyol pun deme ikut juga. Sebab Fire Nation telah menghapuskan keseluruhan puak air nomad sehingga tinggal Avatar Aang seorang sahaja.
Serupa Sepanyol sebab kehadiran deme ke benua Amerika membuatkan hampir keseluruhan populasi terkorban. Itu pun sebab deme bawa penyakit yang tidak pernah ditemui oleh orang asli Amerika.
Senang cerita Fire Nation jajah negara lain sebab deme berkongsi idea dengan British. Kononnya nak semua orang rasa maju bersama-sama. Padahal nak sedut hasil bumi dan bangunkan kilang.
Jadi kepada korang semua, pergi tengok Avatar sana. Sebab banyak benda yang korang boleh belajar.
Kalau korang nak faham apa yang Fire Nation ni buat, korang boleh baca koleksi buku DUNIA TANPA TEMBOK. Dapatkan segera di:
DUNIA TANPA TEMBOK I: https://shope.ee/2q7RWcowCe
DUNIA TANPA TEMBOK II: https://shope.ee/6ANtUnS6DO
DUNIA TANPA TEMBOK III: https://shope.ee/6V0jtQzlHJ

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply