Maka apakah orang yang mendirikan (masjid)atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan itu lebih baik,atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang ,lalu(bangunan) itu roboh bersama dengan dia ke dalam neraka Jahanam.Allah tidak memberi petunjuk untuk yg zalim (Taubah:109)
Ada sebuah masjid di zaman Rasulullah SAW yang diperintahkan oleh baginda untuk kaum Muslimin tidak bersolat di dalamnya. Masjid merupakan tempat kaum Muslimin mendirikan Solat dan menjalankan ibadah kepada Allah SWT dan menjadi tempat perhubungan manusia.
Tetapi, tidak masjid yang diperintahkan oleh Nabi SAW tersebut. Masjid tersebut dibina atas asas untuk memecah belahkan kaum Muslimin. Dalang pembinaan Masjid ini didalangi oleh Kaum Munafiq di Kota Madinah.
Masjid ini bernama Masjid Dhirar. Pembinaan masjid ini dilakukan ketika baginda SAW pergi keluar ke medan Tabuk. Dan dalam perjalanannya pulang ke Madinah, kaum Munafiq ini menjemput baginda untuk bersolat di dalamnya.
Seketika, turunlah Wahyu Allah SWT berkenaan Masjid ini. Dan perkara ini direkodkan dalam Surah Taubah ayat 107 – 109. Lantas, Rasulullah SAW memerintahkan agar masjid ini dibakar dan tidak digunakan oleh Kaum Muslimin atas hasrat mereka (kaum Munafik) yang berniat melakukan perkara yang jahat atas kaum Muslimin menggunakan Masjid.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih