Sayang merupakan satu perasaan yang sukar untuk digantikan. Seperti mana gambar dibawah, walaupun hamba Allah ini telah bertunang, namun dia masih mengunjungi kubur bekas teman lelakinya dan bekas tunangnya dahulu.

Namun lebih molek sekiranya kita melepaskan sahaja apa yang telah pergi. Bukannya apa, sampai satu masa kita kena belajar walaupun sukar untuk melepaskan.

Malangnya, belajar untuk melepaskan jauh lagi payah daripada bertahan.

Manusia ada kecenderungan untuk tentukan apa yang mereka miliki. Disebabkan itu kita cenderung untuk ingat pada kesedihan yang dulu, hubungan buruk dan juga matlamat yang tidak bermakna.

Kita seringkali menyimpan dendam, memikirkan kesilapan lalu dan meletakkan sesuatu objek sebagai memori yang membawa ke masa lalu tu.

Percayalah, lebih kerap anda buat begini, lebih banyak perkara yang boleh menghalang keupayaan anda untuk meneroka, mencipta dan membina semula jati diri anda.

Belajar untuk melepaskan ni merupakan sebuah sains. Seperti mana yang dalam gambar tadi, melepaskan seseorang pun termasuk dalam sains ni.

Ia mungkin terdengar kasar, tetapi kadangkala lebih baik untuk melepaskan hubungan tertentu.

Kalau anda tak lepaskan, ia akan membawa kepada kesepian yang membunuh. Kesunyian boleh membunuh apabila ia mencapai tahap yang kronik dan tidak dapat dipulihkan.

Bagaimanakah kesunyian boleh membawa maut? Ianya umpama kelaparan.

Sampai satu tahap, apabila kita rasa kesunyian yang terlalu lama, ia akan membawa kepada tekanan perasaan. Dalam jangka masa panjang, ia akan membawa kepada kematian.

Jadi ya, kesunyian boleh membunuh jika dibiarkan tidak diselesaikan secepat mungkin.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply