Aurangzeb diiktiraf antara pemerintah terbaik Kerajaan Mughal pada era The Age of Great Mughals. Kerajaan Mughal ketika era pemerintahan Aurangzeb menikmati pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek tamadun. Pemerintahan Aurangzeb (1658-1707M) dianggap pemerintahan yang berjaya dan dominan dalam sejarah Kerajaan Mughal. Kerajaan Mughal menikmati zaman kegemilangan dengan wilayah ketika itu merupakan wilayah yang paling luas dalam sejarah Mughal, merangkumi dari Ghaznah ke Chatgaon dan Kashmir ke Karnatak.

Selain itu, Aurangzeb turut melakukan pembaharuan melalui pemerkasaan institusi pentadbiran Mughal. Usaha berkenaan dilaksanakan didorong oleh hasrat Aurangzeb sendiri yang ingin melihat kerajaannya benar-benar ditadbir menurut acuan pemerintahan Islam.

Usaha Aurangzeb dilihat serius memandangkan iltizam beliau dalam merancang dan melaksanakan pelbagai perkara bagi merealisasikan cita-citanya menjadikan Kerajaan Mughal sebagai Dar al-Islam dalam praktikal yang sebenar. Aurangzeb banyak memberi sumbangan dalam memartabatkan agama Islam. Oleh hal demikian, antara sumbangan beliau dalam kesenian dan senibina adalah pembinaanmasjid yang terbesar di dunia ketika didirikan iaitu Masjid Badshahi di Lahore.

Masjid Badshahi dibina ketika di bawah naungan pemerintahan Kerajaan Mughal keenam iaitu Aurangzeb.Masjid ini siap dibina pada tahun 1673. Abang angkat Aurangzeb, Muzaffar Hussain juga dikenali sebagai Fidaie Khan Koka, gabenor Lahore (1671-1675) telah menyelia pembinaan masjid ini. Beliau juga berkhidmat sebagai Master of Ordnance kepada maharaja. Pembinaan masjid itu mengambil masa kira-kira dua tahun bermula dari Mei 1671 hingga April 1673. Masjid Badshahi dibina hanya beberapa ratus meter di sebelah barat Kota Lahore bertentangan dengan Kubu Lahore.

Kedudukan ini menggambarkan kepentingannya dalam Kerajaan Mughal. Masjid Badshahi mendapat tempat yang terhormat dalam Kerajaan Mughal. Masjid ini memaparkan contoh seni bina era Mughal yang sangat baik. Masjid Badshahi bermaksud ‘Masjid Raja’. Pembinaan masjid ini adalah usaha untuk mencerminkan watak pemerintah Mughal ketika itu iaitu Aurangzeb. Bentuk masjid ini menunjukkan keberanian, keluasan dan keagungan kerajaan Mughal.

Bersempena dengan pembinaan Masjid Badshahi, Aurangzeb telah membina sebuah pintu gerbang baru di kubu yang bernama Alamgiri Gate.  Di antara Masjid Badshahi dan Gerbang Alamgiri terdapat kawasan lapang yang kini telah menjadi Taman Hazuri Bagh. Kawasan itu digunakan sebagai padang kawad di mana Aurangzeb akan meninjau tentera dan orang istananya. Kawasan itu berada pada paras yang lebih rendah daripada masjid kerana hujungnya dibina di atas alas tiang enam meter untuk membantu mengelakkan banjir.

Masjid Badshahi adalah karya seni yang sangat unik. Reka bentuk dan formasinya dikatakan diinspirasikan daripada seni bina Greek, India dan Asia Tengah. Bahagian dalamannya dihiasi dengan merlon pada lapisan marmar. Halaman yang mempunyai reka bentuk yang sangat mengagumkan. Dewan solat utama mempunyai surih stuko (stucco tracery), hasil kerja fresko, dan marmar yang unik.

Kawasan solat dibahagikan lagi kepada tujuh bahagian. Hiasan luaran dan dalamannya dibuat oleh artis-artis hebat. Asas seni bina Masjid Badshahi  ialah penggunaan corak mozek yang dibina dalam pelbagai bentuk batu berwarna atau jubin kaca. Ciri-ciri seni bina Mughal yang banyak memberi inspirasi pembinaan masjid ini seperti terdiri daripada gerbang bertindih, menara tinggi, kubah gaya Parsi dan bumbung berkubah besar.

Masjid ini dibina dengan menggunakan batu pasir merah. Bahagian luarnya dihiasi dengan ukiran batu pasir merah dan tatahan marmar. Masjid ini didirikan di atas tapak yang tinggi yang mana terdapat 22 anak tangga untuk menaikinya. Pintu masuk utama masjid dibina secara dua tingkat dan terdapat pintu kebal di bahagian tengahnya. Melepasi pintu masuk utama masjid terdapat hamparan halaman yang sangat luas.

Halaman masjid yang dibina daripada batu pasir seluas 278,784 kaki persegi dan terdapat kolam ditengah-tengahnya. Terdapat dewan solat dibahagian paling hadapan masjid yang dihiasi dengan kesan kerawang stuko dengan corak yang sangat menarik . Ia mempunyai gerbang dan ruang yang mampu menampung angaran dalam 95,000 jemaah juga dihiasi dengan ukiran batu dan batu merah

Terdapat tiga kubah di dalam masjid. Kubah yang lebih besar berada di tengah disertai dua yang lebih kecil di kedua-dua belah. Selain kubah, terdapat beberapa ruang tempat umat Islam berkumpul untuk khutbah agama. Terdapat lapan menara dan empat daripadanya memiliki ketinggian kira-kira 14 kaki.Menara masjid ini dapat dilihat dari jarak yang jauh. Kawasan utama juga mempunyai empat menara yang sama. Menara dibuat dengan batu merah dan marble untuk meningkatkan keindahannya.

Secara ringkas Masjid Badshahi terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu  halaman masjid seluas 278,784 kaki persegi dibahagi kepada dua tingkat, ruang solat utama seluas 22,825 kaki persegi, menara dipenjuru yang terdapat 204 anak tangga, pintu gerbang, lorong dibahagian tepi dan kolam air ditengah-tengah halaman seluas 2,500 kaki persegi. Kesimpulanya, pembinaan Masjid Badshahi melambangkan ketamadunan Islam yang sangat hebat ketika pemerintahan Kerajaan Mughal Era Aurangzeb.

Sumbangan Aurangzeb dalam kesenian dan senibina merupakan sumbangan yang besar dalam ketamadunan Islam dan memberi manfaat kepada umat Islam sehingga kini. Kini Masjid Badshahi merupakan masjid kedua terbesar di Pakistan. Ketamadunan yang dibawa oleh pemerintahan Kerajaan Mughal era Aurangzeb  ini perlu dijadikan pembakar semangat kepada umat Islam pada masa kini. Setiap umat Islam perlu menanam semangat yang tinggi untuk mengangkat martabat agama Islam dan memberi sumbangan kepada agama walau dengan apacara sekalipun

Artikel dikirimkan oleh Azaharie untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply