Perαng Dunia Pertama (WWI) merupakan konflik bersenjata membabitkan kuasa-kuasa dunia moden buat kali pertama. Apabila perαng berakhir pada November 1918, lebih 30 juta tentera dan orang awam menjadi korban, cedera atau dilaporkan hilang. Antara kumpulan yang dilaporkan hilang ialah kumpulan 37 tentera Australia yang hilang di Celtic Wood, Flanders pada Oktober 1917.

Jika ditanya mana-mana veteran WWI medan perαng mana yang paling teruk, semua akan menyebut barat Flanders. Bayangkan ini: cuaca musim luruh yang buruk termasuk hujan lebat campur dengan kawasan padang rumput yang subur. Hasilnya, ia menjadi kawasan berlumpur yang sukar dilalui baik manusia, haiwan atau kenderaan. Dan ia turut mewujudkan suasana menyeramkan dengan suasana malam yang gelap dan kabus pagi yang tebal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Operasi ke atas Celtic Wood merupakan sebahagian daripada Operasi Poelcappelle, salah satu operasi yang diharap dapat merealisasikan penaklukan Permatang Passchendaelle. Tidak ramai menyangka Pertempuran Passchendaelle merupakan pertempuran paling sengit di Medan Barat semasa WWI.

Untuk Poelcappelle, kepimpinan tentera British mahu mengalihkan perhatian pihak Jerman. Harapan mereka ialah memastikan pihak Jerman tidak tahu tempat sebenar serangan mereka bermula. Justeru, tugas mengumpan mereka diserahkan kepada Unit Ke-10 Tentera Australia. Batalion ini dipilih kerana reputasi mereka yang berani terutama semasa kempen di Galipoli, Turki. Selepas aksi mereka di Galipoli, mereka dikurniakan pelbagai pingat termasuk Victoria’s Cross.

Rajah 1: Unit Ke-10 Tentera Australia semasa di Mesir.

Disebabkan pengalaman mereka di medan perαng, Field Marshall Sir Douglas Haig yang mengetuai operasi tentera British berharap mereka menjadi punca kejatuhan Divisyen Keempat Tentera Jerman. Ini sekaligus membuka jalan kepada penaklukan Passchendaelle dan membantu pihak Bersekutu mara. Justeru, unit ini dihantar pada waktu subuh dengan matlamat menyeberang ke sebelah kawasan yang dikawal pihak Jerman dan mencetuskan keributan dalam kalangan pihak musuh.

Rajah 2: Sir Douglas Haig menyangka operasi Celtic Wood diharap dapat mempercepat kejatuhan Divisyen Keempat Tentera Jerman.

Sebaik tiba di kawasan parit Jerman, mereka perlu berlawan dengan tentera Jerman sekurang-kurangnya 30 minit. Dalam tempoh tersebut, mereka perlu memusnahkan bunker-bunker dan tempat perlindungan pihak Jerman sebelum berundur sebaik mendapat isyarat. Unit Ke-10 diketuai oleh Leftenan Frank Scott dan ia diharap dapat merealisasikan apa yang diimpikan Haig. Tetapi sangkaan kepimpinan tentera Bersekutu ternyata meleset.

Rajah 3: Contoh parit pihak Jerman yang berhampiran dengan Celtic Wood. Sumber: Erik_AJV / Adobe Stock

Daripada 85 orang ahli unit, hanya 14 orang sahaja yang pulang dalam keadaan cedera. Nasib mereka yang lain tidak diketahui sehingga hari ini. Ini menimbulkan persoalan, ke mana menghilangnya 71 orang Unit Ke-10 Tentera Australia itu? Sehinggakan Jabatan Pertahanan Australia mengelaskan insiden kehilangan mereka sebagai misteri terbesar WWI.

Jadi, ke mana mereka menghilang? Ada yang berpandangan mereka dibμnuh dan dikebumikan dalam kubur besar oleh pihak Jerman. Tetapi malangnya, tiada bukti kubur besar ditemui sekitar kawasan parit yang dikawal pihak Jerman. Malah, tiada petunjuk yang menyatakan kejadian menyayat hati itu berlaku.

Ada pula berpandangan unit tersebut ditelan oleh kabus semasa operasi sedang berjalan. Bentuk muka bumi Celtic Wood bukan saja berbukit tetapi juga berpaya dan berlumpur. Sesiapa yang berjalan semasa kabus berlaku berkemungkinan sesat termasuk unit berkenaan. Bagaimanapun, penjelasan itu masih tidak menjelaskan kehilangan mereka. Sekiranya mereka sesat, mereka boleh saja mencari jalan keluar dari Celtic Wood tetapi itu tidak berlaku.

Tetapi ada satu teori yang dianggap masuk akal tetapi menakutkan. Mengikut teori ini, sebahagian besar unit terbμnuh akibat tembakan bertubi-tubi mesingan atau artileri dengan kebanyakan mayat dalam keadaan hancur. Kemudian cuaca dan muka bumi Celtic Wood menyaksikan sebahagian besar mayat-mayat yang hancur tertanam di bawah timbunan lumpur, tanah berair dan ribuan mayat dan bangkai kuda yang menjadi korban di situ.

Begitupun, seperti teori-teori lain, ia masih memerlukan bukti yang kukuh. Tetapi bagi penyelidik Chris Henschke, soalan sebenar yang patut ditanya ialah bukan misteri kehilangan mereka. Tetapi soalan sebenar patut ditanya ialah mengapa mereka dihantar dalam misi yang menjanjikan bilangan korban yang ramai. Pada akhirnya, kisah Unit Ke-10 Tentera Australia ialah kisah unit tentera yang kecil tersilap percaturan semasa menjalankan operasi.

Kini, bukan sekali para petani Belgium menemu sisa mayat tentera WWI setiap kali mengusahakan ladang-ladang mereka sekitar Celtic Wood. Jika ada sisa yang ditemui ialah anggota Unit Ke-10 Tentera Australia, ia diharap bukan saja menyelesaikan misteri yang wujud lebih seabad. Tetapi ia diharap dapat membantu mereka dikebumikan semula mengikut adat istiadat ketenteraan.

RUJUKAN

Vuckovic, A. (2021, 15 Disember). The Mystery of Celtic Wood: Where 37 WWI Australian Soldiers Vanished. Ancient-Origins.

Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply