Jasa Marie Curie sangat besar dalam penyelidikan Sains. Bidang Kimia dan Fizik berubah dengan penemuan sinar-x bagi tujuan perubatan terutamanya pencegahan kanser.

 

Beliau menjadi wanita pertama yang berjaya meraih Anugerah Nobel dan satu-satunya tokoh yang berjaya mendapat dua Anugerah Nobel sepanjang hayat.

 

Beliau menemukan radium dan ponium dan memperkenalkan teori radioaktif. Kejayaannya dalam mendapat tempat dalam bidang sains bukanlah perkara yang mudah.

 

Marie Curie atau Maria Salomea Sklodowska dilahirkan di Warsaw, Poland pada 7 November 1867.

 

Sejak awal kehidupannya, beliau kehilangan orang tersayang iaitu kakaknya ketika beliau berusia 8 tahun dan disusuli oleh ibunya ketika beliau berumur 11 tahun.

 

Setelah Marie tamat persekolahan ketika berumur 15 tahun, beliau nak sambung belajar di universiti tempatan.

 

Tapi, permohonannya ditolak sebab beliau seorang perempuan. Beliau akhirnya berjaya masuk ke Universiti Sorbonne, Paris pada 1891.

 

Kota Paris menemukan Marie dengan suaminya, Pierre Curie yang berkongsi minat terhadap bidang yang sama.

 

Pierre ada makmal peribadi di Fakulti Kimia dan Fizik di Paris. Walaupun makmal tersebut serba kekurangan, kerja keras mereka berdua akhirnya membuahkan hasil apabila menemukan fenomena radioaktif bersama Henri Becquerel berjaya dan melayakkan mereka bertiga sebagai penerima Anugerah Nobel dalam bidang Fizik pada 1903.

 

Marie berjaya lulus pengajian dalam peringkat falsafah kedoktoran dalam bidang Fizik pada tahun yang sama.

 

Marie diuji pula dengan kematian suaminya pada 1906. Beliau menggantikan tempat suaminya sebagai pensyarah di Universiti Sorbonne.

 

Beliau berjaya mendapat Anugerah Nobel kedua pada tahun 1911 dalam bidang Kimia. Anugerah ini diberikan kerana jasa beliau dalam menemukan dua elemen radioaktif iaitu radium dan polonium.

 

Ketika perang dunia pertama, Marie Curie berjaya cipta mesin x-ray pertama yang dinamakan “Petite Curies”. Mesin ini mendiagnos askar perang yang tercedera. Teknologi yang dicipta Marie ini sama dengan mesin x-ray fluoroskopi di Marie Curie Hospice yang terletak di Hampstead yang masih digunakan sehingga kini.

 

Selepas peperangan berakhir, Marie aktif melakukan kajian dan berjaya memenangi beberapa anugerah sekitar 1921 hingga 1931. Selain Hospis, Hospital Marie Curie juga dibuka di Utara London dan didominasi sepenuhnya oleh pegawai dan staff perubatan wanita.

 

Beliau meninggal dunia pada 4 Julai 1934 di Perancis kerana anaemia yang disebabkan oleh tubuhnya yang sering terdedah kepada sinaran radioaktif berbahaya ketika menjalankan eksperimen.

 

Teori yang diperkenalkan oleh Marie Curie diguna pakai untuk pembuatan mesin x-ray yang kita gunakan sehingga ke hari ini dan merupakan antara salah satu penemuan terhebat dalam teknologi sains.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Buku catatan Marie Curie masih berbahaya untuk disentuh kerana dipercayai masih mempunyai sisa-sisa radium padanya. Kenali 25 sarjana Fizik seperti Albert Einstein dan Marie Curie bersama THE PHYSICISTS ODYSSEY di: https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply