Saban hari, dunia semakin maju dan ini merupakan suatu perkara yang fitrah bagi umat manusia. Begitu juga kemajuan teknologi, sentiasa mengorak langkah untuk maju terkehadapan. Namun begitu, teknologi sering disalahgunakan oleh masyarakat kita pada hari ini misalnya penggunaan teknologi untuk tujuan penipuan (scammer), pemerdagangan manusia dan perjudian. Justeru itu, dalam menangani isu yang berkaitan dengan permasalahan ini, suatu konsep yang kita kenal secara meluas dalam Malaysia iaitu Maqasid Syariah merupakan suatu kaedah yang dimana bertujuan memandu manusia daripada melakukan perkara yang mendorong kepada kemungkaran dan kerosakan.

Maqasid Syariah merupakan sebuah konsep prinsip-prinsip utama dalam Islam yang bertujuan untuk melindungi dan mencapai kesejahteraan umat manusia, yang terdiri daripada lima matlamat utama: menjaga agama (din), menjaga nyawa (nafs), menjaga akal (aql), menjaga keturunan (nasb), dan menjaga harta (mal). Ketika kita berbicara tentang penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam konteks Islam, adalah penting untuk menilai bagaimana teknologi ini dapat diterapkan untuk menyokong atau bertentangan dengan matlamat-matlamat Maqasid Syariah ini.

Kita akan pergi ke setiap satu komponen ini untuk kita membahaskan pentingnya untuk memanfaatkan AI bagi tujuan maslahat dan menyelarikan tujuan AI dan matlamat Maqasid Syariah adalah sama.

[Menjaga Agama: Hifz Din]
Hifz Din merupakan tuntutan yang utama dalam Agama. Dalam Islam, agama merupakan tuntutan utama Syarak dan ia merupakan suatu yang wajib bagi setiap umat Islam bagi menjaga kepentingan Agama dalam kehidupan mereka. Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi seperti AI, banyak inovasi dan penemuan yang dicipta bagi mendekatkan umat Islam untuk mengambil berat akan tanggungjawabnya kepada Agama. Antara inovasi yang ada sekarang ini selari dengan kehendak ini ialah beberapa pembinaan aplikasi berkaitan dengan waktu solat.

Tidak sekadar itu, ada beberapa aplikasi yang sudah ada dibangun untuk menyemak bacaan hafazan Al-Quran dengan menggunakan kemahiran kecerdasan buatan ini. Hal inilah yang perlu ditekankan bagi menyelarikan Maqasid Syariah dan AI dalam dunia moden kini.

[Menjaga Nyawa: Hifz Nafs]
Menjaga nyawa merupakan tuntutan bagi setiap umat Islam dan manusia. Hal ini kerana nyawa merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga buat manusia. Oleh itu, penggunaan AI ini juga sebenarnya mampu menjaga tuntutan Maqasid Syariah yang kedua ini. Antara perkara yang dapat diselarikan dengan tuntutan Maqassid Syariah ini kita dapat lihat pembangunan teknologi buatan manusia dalam bidang perubatan.

Pembangunan teknologi robotik untuk perubatan dan pelbagai lagi pembangunan dalam bidang teknologi perubatan yang semakin canggih dan moden. Namun, dalam perkembangan ini juga masih ada kelompongan di dalamnya. Masih ada yang memanfaatkan kemajuan teknologi perubatan ini untuk tujuan yang salah seperti menukar jantinanya dan mengubah ciptaan Allah yang sedia elok.

[Menjaga Akal: Hifz Aql]
Menjaga Akal dalam Islam merupakan suatu perkara yang penting dalam Islam. Kepentingan menjaga Akal juga adalah suatu perkara yang sangat ditekankan dalam Islam. Akal yang sihat akan memandu manusia untuk melakukan tindakan yang rasional dalam setiap tindakannya. Justeru itu, bagi mendapatkan akal yang sihat ini, maka perlunya kepada pendidikan. Dan dalam medium ini, AI akan dapat digunakan sebaiknya agar ia selari dengan tuntutan Syarak.

AI dapat digunakan sebaiknya oleh pelajar masa kini untuk menimba ilmu dan menambah pengetahuan mereka supaya dapat memandu generasi kini untuk membuat keputusan yang baik pada masa kehadapannya. Pelbagai aplikasi pendidikan boleh didapati dan ini merupakan perkembangan yang baik dalam sistem pendidikan dalam negara.

[Menjaga Nasab: Hifz Nasb]
Menjaga Nasab merupakan suatu komponen tuntutan syarak dalam Maqasid Syariah. Pelbagai kaedah yang telah dibangunkan oleh teknologi kini untuk membangunkan kepentingan menjaga Nasab ini. Antara yang boleh dilakukan ialah penjagaan Nasab daripada ramai umat Islam yang membunuh diri akibat daripada tekanan yang melampau. AI boleh digunakan sebagai rawatan awal untuk memberi sokongan mental dan bantuan awal untuk membantu pesakit atau penghidap masalah berkaitan isu mental ini untuk bertahan sementara mendapatkan bantuan pakar.

Dalam hal ini, AI akan dapat menghindarkan “mafsadah” yang lebih buruk iaitu mangsa/pesakit melakukan tindakan yang diluar batasan pemikirannya.

[Menjaga Harta: Hifz Mal]
Menjaga Harta adalah suatu tuntutan dan keperluan bagi setiap manusia kerana harta adalah suatu amanah yang diberikan oleh Allah SWT untuk dijaga dengan sebaiknya dan dizakatkan apabila tiba haul dan nisabnya. AI hadir bagi memenuhi tuntutan ini. Dalam hal ini, kita dapat lihat AI telah digunakan sebaiknya dalam institusi perbankan, selain itu AI juga dapat digunakan untuk membantu pengguna bagi mengesan sama ada penipuan atau sebarang kegiatan penipuan dalam setiap transaksi.

Justeru itu, AI ini dapatlah dimanfaatkan sebaiknya dalam institusi kewangan ini bagi memandu manusia dari melakukan kesalahan dan kesilapan dalam melakukan sesuatu keputusan yang berkait dengan kewangan.

Kesimpulannya, Maqasid Syariah adalah suatu landasan yang terbaik bagi umat manusia untuk menggunakan AI ini agar ia selari dengan norma manusia dan ia juga selari dengan norma syarak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.