Saintis telah lama mencari cara bagaimana untuk hidup lebih lama seperti hidup melebihi 100 tahun tanpa masalah kesihatan. Jadi, mereka mengambil haiwan sebagai bahan uji kaji untuk mencari rahsia ini.

 

Kajian pada tahun lepas iaitu 2022 dilaksanakan oleh 114 orang saintis seluruh dunia, mengkaji jangka hayat sebanyak 77 spesis haiwan berbeza. Keputusannya menunjukkan sebanyak 30 spesis haiwan mempunyai usia mencecah 100 tahun, tapi sebanyak 26 spesis haiwan adalah berdarah sejuk.

 

Haiwan berdarah sejuk ini ialah haiwan dari kumpulan reptilia seperti biawak dan buaya dan amfibia seperti katak. Jadi, adakah haiwan berdarah sejuk ini mampu berikan rahsia usia panjang kepada manusia, iaitu kita?

 

Menurut ahli biologi evolusi Beth Reinke dari Northeastern Illinois University, ciri pertahanan haiwan berdarah sejuk menjadi sebab haiwan ini mampu hidup lebih lama. Contoh ciri pertahanan tersebut ialah kulit biawak dan buaya yang tebal, melindungi organ dalaman dari ancaman sekeliling.

 

 

Ciri kedua yang menjadikan haiwan berdarah sejuk ini berumur panjang ialah mereka mempunyai metabolisme yang rendah, hanya bergantung kepada haba sekeliling untuk panaskan badan.

 

Haiwan mamalia termasuk manusia biasanya panaskan badan dengan keluarkan tenaga. Berbeza dengan haiwan reptilia dan amfibia, mereka tak guna banyak tenaga untuk panaskan badan. Nak panaskan badan, cari je kawasan yang panas.

 

Kedua-dua ciri inilah yang menjadikan haiwan seperti biawak, buaya, katak, dan kura-kura mampu hidup sehingga lebih 100 tahun!

 

Kalau kita nak hidup panjang guna cara haiwan berdarah sejuk ni, mungkin kulit kita kena mengeras dan tak perlukan banyak tenaga. Mungkin boleh jadi macam “manusia cicak”!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply