Kepada yang selalu layan lagu Itu Kamu dan Yang Pernah, mesti korang kenal band Estranged. Tapi kali ni kita tak akan cakap langsung pasal dua lagu tu. Sebab kita nak bedah lagu Aurora.
Sekali imbas lagu ni dengar macam dituju ke girlfriend ataupun crush. Menariknya lagu ni memang betul-betul cerita tentang aurora. Tak percaya? Kita tengok satu-satu.
“Aurora oh Aurora
Penting kah kamu itu
Kenapa aku terpegun”
Catatan tentang aurora dikatakan wujud sejak 2600 sebelum masihi. Sebab ada ahli arkeologi yang menjumpai lukisan seakan-akan aurora di dinding gua sekitar di China.
Malah aurora ni juga muncul dalam tradisi lisan masyarakat pribumi di Australia dan Amerika. Bermakna manusia dah kenal dan terpegun dengan aurora ni cukup lama. Nampak sama kan macam rangkap lirik pertama.
“Kutatap berseri berwarna hijau
Yang menawan sanubari”
Kalau korang perasan, ada aurora terutamanya dekat kawasan Northern Lights berwarna hijau. Macam mana boleh jadi warna hijau? Sebab hijau tu berasal daripada warna yang dipancarkan oleh oksigen.
“Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandang ku menanti mu
Aurora kamu memberi kembali mencari”
Sama macam dalam lirik di atas, aurora ni terletak jauh daripada negara kita. Sebab Aurora Borealis terletak dekat Hemisfera Utara. Nak tengok, korang kene pergi ke negara Norway, Finland dan Sweden. Itu pun tak semua tempat dekat sana boleh nampak aurora.
Bagi Aurora Australis pulak, korang kena pergi ke Tasmania untuk tengok aurora. Nak nampak lagi jelas kena pergi betul-betul ke kawasan terpencil. Senang cerita, susah nak tengok aurora ni tapi tetap dekat dalam hati kita.
“Aurora oh Aurora
Tidak ada bunyimu
Sanggup aku tetap menunggu”
Sejak dulu ada timbul dakwaan bahaya akan ada bunyi pelik ketika aurora ni muncul. Tapi ramai tak percaya sebab memang tak ada bunyi. Tapi rekod dekat Finland lain pulak. Sebab sekitar 5% daripada aurora dekat sana keluarkan bunyi seperti wisel dan retakan. Kalau dengar bunyi gitu, tahu dah memang ada aurora.
“Dengan tersenyum berwarna merah
Ku tahu kau selamat”
Biasanya aurora ni berwarna hijau dan ungu je. Kalau bernasib baik, korang boleh nampak aurora merah. Macam dalam lirik tu, walaupun jarang nampak tapi kita tahu dia sentiasa ada.
Kesimpulannya, banyak je lagu dari negara kita ni yang berkualiti. Siap boleh cerita pasal sains lagi. Tinggal kita je lah nak explore atau tak.
—-
Banyak lagu dekat negara kita ni miliki banyak maksud. Siap boleh cerita pasal fenomena aurora lagi. Nak tahu lebih banyak tentang aurora, boleh baca GENESIS: KOSMOLOGI DAN DUNIA KUANTUM. Tawaran menarik sudah bermula! Jangan lepaskan peluang dari 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Kami sediakan banyak pilihan buku-buku ilmiah dan fiksyen yang pasti mengujakan korang. Klik https://shp.ee/cc3w7sn

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply