Eh bukan ke semalam kata sabung ayam tu tak berlaku?
Sabung ayam ni ada, cumanya diorang tak pertaruhkan “Republic of Besut” yang ketika itu merupakan negeri naungan Terengganu.
Macam mana cerita ni berlaku?
Mengikut catatan sejarah Kelantan, Long Ga’afar yang bersemayam di Legeh ketika itu membawa seekor ayam sabungnya yang terkenal handal berlaga datang ke Kelantan berjumpa balik sahabat baiknya Long Yunus.
Pada masa di Kelantan itu, Long Yunus dan Long Ga’apar berkenalan dengan seorang panglima muda dari Terengganu dan panglima muda tu cerita yang panglima-panglima Bugis ada di Terengganu dan sedang cari lawan hendak menyabung ayam.
Takde sorang pun orang-orang Terengganu yang mampu lawan ayam sabung orang-orang Bugis tu.
Long Yunus dan Long Ga’apar serta panglima muda Terengganu tu datang ke Terengganu dan mengadap Sultan Mansur di Kuala Terengganu.
Long Yunus dan Long Ga’apar menyabung ayam dengan panglima-panglima Bugis yang ada di Seberang Takir dengan pertaruhkan pertaruhan yang besar.
Apa sebenarnya yang dipertaruhkan?
Kalau ayam Kelantan kalah, Terengganu kena bagi sebahagian negerinya kepada orang Bugis tu iaitu dari Tanjung Kuala hingga ke Kuala Setiu.
Kalau ayam Bugis kalah, diorang kena serahkan 7 buah jong yang sarat dengan barang kepada Terengganu.
Akhirnya Long Yunus dan Long Ga’apar berjaya kalahkan ayam sabung orang-orang Bugis tu, sehingga masyhurlah nama diorang di Terengganu dan Sultan Mansur pun sayang diorang.
Setelah kira-kira lima bulan lamanya pada tahun 1762, Long Yunus dan Long Ga’apar mohon kepada Sultan Mansur nak balik ke Kelantan.
Baginda titahkan orang-orang Terengganu seramai seratus orang serta tiga orang panglima anak orang besar- besar Terengganu cukup dengan alat kelengkapannya pergi ikut Long Yunus dan Long Ga’apar balik ke Kelantan.
Dalam pelayaran nak ke Kelantan, Long Yunus dan Long Ga’apar serta rombongan singgah di sebuah kampung di tepi sungai bernama Jeram yang kini berada dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Tapi ramai yang masih ingat sabung ayam ni di antara Kelantan dan Terengganu siap mempertaruhkan Besut. Itu yang silap sebenarnya dari pemahaman kita sebagai rakyat.
Tak pelik pun, nama pun cerita rakyat. Tokok tambah tu memang ada memandangkan ianya disampaikan dari mulut ke mulut.
Oleh: Azizul Farhan
Sumber:
Haji Buyong Adil. (1982). Sejarah Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah Hamid & Mariyam Salim. (2006). Kesultanan Melayu Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
___
Mana datang nama Setiu? Jawapannya ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi di https://shope.ee/6zuOAQYyBR

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply