Apa sebenarnya yang tertulis pada tajuk ni? Mungkin korang dah tengok satu video forum yang diadakan baru-baru ini.
Tajuk di atas ialah perkara yang disebutkan oleh seorang professor BA di dalam forum itu.
Kata-katanya berbunyi begini:
“Yes, kita dapati ada 30 nama-nama itu ada antaranya wakil-wakil yang kita kenal sekarang ni. Mereka merupakan askar fisabilillah yang mempertahankan Nusantara ini.
Sebelum tu, kenapa Dato’ Bahaman buat meeting tu di Gunung Jerai pada 1948? (tanpa ragu-ragu dia sebut lagi tahun ni)
Kerana Jepun telah surrender pada 1945, apabila Jepun surrender yang kekal hanyalah MPAJA atau Bintang Tiga.”
“Untuk halang Bintang Tiga menguasai pemikiran Tanah Melayu ni, maka Dato’ Bahaman dapat arahan dari pihak kerajaan Uthmaniyah.”
Kegilaan pseudo-sejarah apakah ini? Anda baca sekali imbas pun anda boleh terkejut. Dakwaan apa yang dia buat ni?
Sejarah Melayu makin lama makin rosak disebabkan kegilaan seperti ini. Ini baru sedikit, anda perlu tengok keseluruhan video tersebut.
Disini saya akan kemukakan beberapa hujah untuk membantah dakwaan ini.
Pertama, Uthmaniyah dah jatuh pada 1923 Masihi.
Siapa Sultan Uthmaniyah di dakwa pada pasca Perang Dunia Kedua yang tamat pada 1945 boleh mengarahkan Dato’ Bahaman buat semua ni sedangkan kejatuhan Uthmaniyah dua puluh tahun lebih awal?
Saya merasakan beliau tak boleh membezakan mana satu perang dunia yang pernah disertai oleh Uthmaniyah sehinggakan membuat kesalahan fatal ini.
Perang Dunia Kedua melibatkan Pihak Berikat (Allies), Amerika-British-Russia-Perancis dan sekutu mereka melawan Paksi (Axis) yang melibatkan Nazi-Itali-Jepun.
Ketika ini Uthmaniyah dah lama hilang, yang ada hanya Turki yang menjadi neutral. Bukan sahaja Uthmaniyah, Mustafa Kemal Ataturk pun dah masuk dalam bumi dah masa ni.
Uthmaniyah sebenarnya menyertai Perang Dunia Pertama yang pada akhirnya menjadi punca kepada kejatuhan Uthmaniyah apabila kalah perang.
Tanah-tanah mereka dicarik-carik pemenang. Ibarat dalam filem Nujum Pak Belalang, satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, tiga untuk aku.
Ketika Perang Dunia Pertama, Uthmaniyah, Jerman dan Austria-Hungary bekerjasama lawan Perancis, British dan Amerika Syarikat yang sertai perang pada penghujung perang.
Kalau ini pun tak mampu beza dan tak mampu letakkan tarikh kejatuhan Uthmaniyyah, bagaimana kami boleh percaya semua “data-data” yang dihamburkan oleh profesor?
Ini satu, lagi satu berkenaan Dato’ Bahaman.
Pernah dengar Sumpah Bahadur?
Setelah Perang Semantan berakhir, Dato’ Bahaman dan pengikutnya yang sedang diburu ambil keputusan pergi ke Siam.
Sebelum itu satu sumpah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah menggunakan nama lain dan tak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.
Sejak penyerahan diri Dato’ Bahaman kepada Siam pada 1896 itu, nama Datuk Bahaman telah tenggelam dari perhatian rakyat.
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam.
Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Tak lama lepas kemunculan Mat Kilau pada 1969, nama Tok Guru Peramu dikaitkan pula dengan nama Dato’ Bahaman.
Walaupun beliau didakwa sebagai Dato’ Bahaman, namun Tok Guru Peramu enggan membuat pengakuan secara rasmi sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Mat Kilau.
Perkara tersebut menjejaskan usaha pelbagai pihak seperti sejarawan dan kerajaan negeri Pahang untuk iktiraf beliau sebagai pahlawan Dato’ Bahaman.
Tok Guru Peramu akhirnya meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa sebarang pengesahan rasmi oleh kerajaan negeri Pahang.
Tiada siapa yang tahu benarkah beliau Dato’ Bahaman. Tetapi bagaimana professor BA ni boleh dakwa Dato’ Bahaman pergi buat musyawarah di Gunung Jerai selepas Jepun menyerah kalah?
Kenapa kena mengada-adakan cerita untuk kaitkan Melayu dengan Uthmaniyah? Kenapa kena kaitkan pahlawan Melayu dengan Gunung Jerai?
Saya pun jem.
Oleh: Helmi Effendy & Azizul Farhan
___
Benda-benda yang korang jumpa di media sosial ni betul ke semuanya sejarah atau ia direka semata-mata?
Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU I dan II!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply