Ah sudah, scalper dah rembat stok-stok Hotwheels Proton Saga Special Edition yang dijual pada harga RM9.90 untuk dijual semula supaya boleh pergi haji balik hari.

Ketepikan pasal Hotwheels, harini saya nak ceritakan macam mana kereta Proton paling ikonik ini tercipta!

Korang tahu tak yang sebenarnya Proton Saga dan buah Saga tak berkait langsung? Jadi macam mana datangnya nama Proton Saga ni?

Proton Saga sebenarnya dapat nama daripada “Pertandingan Menamakan Kereta Nasional” yang dianjurkan oleh Proton.

Siapa sangka, pertandingan tu dapat sambutan menggalakkan daripada orang awam sehinggakan 102,823 penyertaan diterima.

Staf Sarjan Ismail Jaafar dari Pulau Pinang dipilih sebagai pemenang apabila beliau berikan nama ‘Saga’ – akronim bagi Safety (Keselamatan), Achievement (Pencapaian), Greatness (Keunggulan) dan Ability (Kebolehan).

Nama Saga ni pun datang secara kebetulan ketika beliau main Scrabble bersama rakan-rakannya. Ada 11 orang dilaporkan turut memberikan nama Saga. Tapi beliau dipilih sebagai pemenang kerana beliau berikan maksud pada setiap huruf yang membawa maksud tersirat dalam perkataan Saga.

Disebabkan kekangan bajet untuk memulakan perusahaan baharu ini, Proton ambil inisiatif untuk rebadge kereta luar negara untuk dijadikan kereta pertamanya. Dan pilihan Proton ketika itu ialah Mitsubishi Lancer Fiore generasi ketiga.

Lepastu, 36 prototaip direka sebelum Proton Saga pertama diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada tahun 1984.

Dan kemudiannya, lahirlah Proton Saga pada 9 Julai 1985. Tarikh tersebut dipilih sempena hari lahir pengasas Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad.

1.95 juta unit Proton Saga berjaya dijual sejak 1985 menjadikannya kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia. Masa Saga dikeluarkan pada tahun 1985, harganya cuma RM17,000 – RM19,000!

Proton Saga kemudiannya dieksport ke 28 buah negara di seluruh dunia. Bangladesh merupakan pasaran eksport pertama pada tahun 1986, diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1989. Itulah sebabnya Proton Saga boleh muncul dalam Mr. Bean tu.

Sejak dari 1985, Proton Saga dah banyak melahirkan pewarisnya seperti adik beradiknya dalam generasi pertama iaitu Proton Saga Iswara, Proton Saga Aeroback, Proton Saga LMST atau ramai kenal sebagai Proton Kereta Kebal.

Kemudian, legasinya diteruskan oleh Proton Saga generasi kedua seperti Proton Saga BLM dan Proton Saga FL. Generasi ketiga pula mengambil alih pasaran iaitu Proton Saga FLX dan terbaharu ialah Proton Saga generasi keempat yang dilancarkan pada 2022.

Bukan mudah nak buat kereta, lebih-lebih lagi apabila Malaysia masa tu masih belum begitu maju dari segi teknologi dan kekurangan pakar dalam bidang automotif.

Walaupun sesetengah pihak suka tuduh Proton asyik rebadge model Mitsubishi, tapi sebenarnya kerjasama Proton dengan Mitsubishi dilihat sebagai salah satu strategi untuk menerapkan kepakaran automotif kepada jurutera dan pereka kereta tempatan.

Kalau tak wujud Proton Saga ni, mungkin kita takkan nampak kereta-kereta nasional lain atas jalan. Silap haribulan dekat multiverse sana, mungkin Myvi pun tak wujud di Malaysia.

Dan mungkin kereta-kereta hasil RnD anak tempatan seperti Proton Gen-2, Persona, Savvy, dan Iriz juga takkan wujud. Tapi apa-apapun, tolonglah scalper Hotwheels jangan la rembat semua stok dekat kedai.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply