Mesti ramai yang kenal Hideo Kojima. Beliau seorang pencipta game yang berjaya menyempurnakan mekanik game yang pernah dianggap mustahil.

Kojima awalnya bercita-cita nak jadi pengarah filem. Tapi, impian itu tak jadi kenyataan, jadi beliau beralih kepada industri permainan video yang sedang berkembang.

Kojima mohon untuk bekerja untuk Konami. Projek pertama Kojima ialah Penguin Adventure, game ni berjaya mempamerkan kebolehan Kojima kepada Konami. Konami nak tengok banyak lagi game daripada Kojima.

Kemudian Kojima cipta game Metal Gear. Metal Gear ni jadi permulaan kepada siri jangka panjang yang akan berkembang menjadi antara game yang paling disukai di seluruh dunia.

Kojima berjaya mencipta sebuah game aksi yang disuntik unsur stealth dan elemen tempur yang tak pernah dilihat dibuat dalam game sebelum-sebelum ini.

Walaupun dengan teknologi yang terhad pada masa tersebut, Kojima berjaya lakukan sesuatu yang dianggap mustahil untuk dibuat pada konsol generasi lama dengan siri Metal Gear.

Tak cukup dengan Metal Gear, Kojima kembali mengembangkan siri Metal Gear dengan beberapa sekuel.

Populariti global game ni meledak pada tahun 1998 dengan keluaran Metal Gear Solid pada konsol PlayStation 1 sekaligus menjadi salah satu game terlaris di konsol.

Pada tahun 2001, Kojima buat sekuel baharu bernama Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty yang akhirnya menjadi permainan terlaris dalam siri ini.

Siri ni berjaya diteruskan walaupun tak keluar setiap tahun seperti game-game Ubisoft. Kojima pastikan setiap game beliau akan menggambarkan legasi Kojima sebagai pereka permainan yang inovatif dan cerdik yang memajukan industri permainan video konsol.

Setelah bertahun-tahun mengembangkan Metal Gear, Kojima cuba angin baharu dengan menumpukan perhatiannya pada siri Silent Hill yang dah lama tak aktif.

Kojima rekrut pengarah filem Mexico, Guillermo Del Toro dan ikon manga seram, Junji Ito untuk bantunya buat Silent Hill baharu.

Selepas demo game tersebut bernama PT berjaya dilancarkan, peminat tak sabar untuk rasa game ni secara penuh.

Malangnya, hubungan antara Kojima dan Konami bertambah buruk disebabkan perselisihan faham tentang berkenaan pelaburan wang dan sumber dalam syarikat.

Kojima macam biasalah nak game ciptaan beliau memberikan pemain pengalaman yang penuh dengan cerita. Tapi, Konami pulak nak beralih ke permainan mudah alih dan kaut keuntungan melalui transaksi mikro.

Setelah Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dilancarkan, Kojima dipecat daripada Konami. Pemecatan ini sekaligus membatalkan projek Silent Hill yang belum selesai.

Berita ni sememangnya mengejutkan peminat permainan video di seluruh dunia. Selepas dipecat, Kojima umumkan yang beliau memulakan studio baharu bernama Kojima Productions yang mengusahakan francais baharu untuk PlayStation.

Death Standing jadi game pertama yang dihasilkan Kojima bersama Kojima Production yang dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada 2019.

Death Stranding ni menerima ulasan bercampur-baur, tetapi kebanyakan pengkritik dan peminat bersetuju game ni menawarkan pengalaman yang berbeza.

Banyak juga projek terbaru Kojima yang bakal keluar lepas ni antaranya Death Stranding 2: On The Beach. Selain tu, peminat MGS pasti gembira kerana Kojima nak buat sebuah game berunsur stealth terbaru dengan tajuk Physint.

Kojima Production turut bakal menghadirkan sebuah game seram terbaru bertajuk OD. Malah, Death Stranding juga akan diadaptasi menjadi sebuah filem kelak.

Kojima berkali-kali buktikan bahawa beliau mempunyai bakat yang tiada tandingan untuk mencipta dan menulis cerita untuk permainan video. Banyak generasi baru pereka permainan video di seluruh dunia mengambil inspirasi daripada beliau.

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply