Kepada yang layan Bundesliga, korang mesti kenal Union Berlin. Menariknya Union Berlin merupakan kelab paling dibenci di Jerman dan hampir lingkup.

Persoalannya macam mana Union Berlin bangkit daripada hampir lingkup?

Ketika tahun 2004, masalah hutang telah melanda Union Berlin hingga menyebabkan kelab itu muflis. Sebab hutang yang ditanggung berjumlah £1.5 juta.

Ditambah lagi Union Berlin terperosok di divisyen empat Jerman. Nak dapat untung memang susah. Sebab perlu bergantung dengan jualan tiket dan merchandise.

Bagi menyelesaikan masalah ini, penyokong kuat Union Berlin telah buat kempen ‘Bleed for Union’. Dimana mereka akan menderma darah dan segala upah diberikan kepada Union Berlin. Cara itu berjaya lantas dapat menyelamatkan Union Berlin.

Malangnya kejadian sedemikan rupa berulang kembali selepas 4 tahun. Sebab Union Berlin sekali lagi hampir muflis dan bakal disingkirkan dari saingan liga.

Semuanya berpunca daripada teres Stadion An der Alten Forsterei iaitu rumah bagi Union Berlin telah runtuh. Sebagai kelab kecil, Union Berlin memang tak mampu untuk membaikinya semula.

Dekat sini kita nampak sekali lagi penyokong membantu dalam memastikan kelab kesayangan mereka tidak terkubur. Apa yang penyokong buat adalah tawarkan diri untuk baiki stadium tersebut dalam tempoh masa 140,000 jam.

Tujuannya adalah untuk memastikan Stadion An der Alten Forsterei menepati piawaian untuk Union Berlin kembali beraksi. Ternyata tindakan itu berjaya dan Union Berlin dengan mendaki ke saingan utama iaitu Bundesliga berbelas tahun selepas itu.

Dekat sini apa yang kita belajar adalah sokongan komuniti dan orang sekeliling penting untuk kita. Dengan adanya orang sekeliling, dapat bantu kita ke tahap seterusnya. Dan kita pula teruskan bantuan itu untuk orang lain pula.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.