Pada 9 November 1993, dunia telah saksikan runtuhan Old Bridge atau Jambatan Stari Most, lambang ikon bersejarah di Bosnia-Herzegovina. Jambatan yang diperbuat dari batu kapur ini disiapkan pada tahun 1566 atas perintah Sultan Uthmaniyyah, Suleyman al-Qanuni. Tapi, malangnya jambatan ini telah menjadi sasaran semasa Siege of Mostar. Runtuhnya jambatan ini bukan sekadar runtuhan struktur batu, tapi juga merupakan simbol kehancuran identiti bangsa lepas perang etnik.
Jadi, apa Siege of Mostar ni? Peristiwa ini berlaku pada 1992 hingga 1994 di bandar Mostar, Bosnia and Herzegovina. Siege ini bermaksud perkepungan sekatan ketenteraan ke atas sebuah tempat sampai mereka serah diri. Dasar sebab peristiwa ini berlaku adalah daripada konflik permusuhan antara etnik Bosniak (Bosnia Muslim) dengan etnik Croat (Katolik). Konflik ini tercetus selepas Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada tahun 1992. Walaubagaimanapun, ketegangan meningkat di kalangan tiga kumpulan etnik, iaitu Bosniak (Muslim), Croat, dan Serb.
Sebenarnya, ceritanya, pada awal, orang Croat dan Bosniak ni berjuang sama-sama untuk menentang tentera Serb. Dalam Bosnian War, mereka menentang ethnic cleansing yang dilakukan oleh Serb dalam usaha membina “The Great Serbia”. Bosniak dan Croat menjadi target mereka dengan harapan hanya etnik Serb yang tinggal dalam kawasan “Republika Srpska”, iaitu kawasan lebih kurang separuh daripada Bosnia and Herzergovina sekarang.
Selepas beberapa lama kemudian, perebutan kuasa dan nasionalisme membuat Bosniak dan Croat pula bermusuhan antara satu sama lain. Mereka mahu kuasa dan kontrol dalam kawasan Hergozovina. Dari situ lah Croat-Bosniak konflik ni bermula. Bosnian War kini menjadi lebih besar. Jadi, pada hari 9 November 1993 ni lah bila mana tentera Croat (HVO) mengebom jambatan tersebut yang berada dalam kawasan orang Bosniak menyebabkan ia runtuh ke dalam Sungai Neretva.
Tetapi, berita gembiranya adalah 3 dekad kemudian, lepas perang, projek pemulihan Jambatan Lama dilancarkan pada tahun 1998 untuk memulihkan salah satu warisan budaya paling berharga Bosnia. Projek ini mendapat sokongan kewangan antarabangsa dan UNESCO menyediakan pengawasan teknikal untuk memastikan pembinaan semula menepati rekabentuk asal. Para jurutera menggunakan batu dari kuari yang sama seperti pembinaan asal lebih 400 tahun dahulu.
Pada Julai 2004, Jambatan Mostar akhirnya dibuka semula kepada orang ramai dengan kos pembinaan semula mencecah USD15.5 juta. Hari ini, ia bukan sekadar mercu tanda pelancongan, tetapi monumen yang mengingatkan dunia pasal perpaduan dan sejarah-sejarah yang telah membentuk negara-negara seperti Serbia dan Bosnia and Herzegovina.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




