Teknologi pembedahan semakin bertambah canggih ke tahap doktor zaman dahulu barangkali terlopong. Sekarang semua hospital melaksanakan pembedahan secara sistematik.

Pakar usus misalnya berganding bahu dengan pakar bius untuk memastikan proses pembedahan kekal licin.

Zaman sekarang siap luka bedah tidak perlu dijahit menggunakan kaedah konvensional.

Perkara ini menimbulkan persoalan besar. Kalau tengok dalam lembaran sejarah, pembedahan sebenarnya mendahului penggunaan bius.

Bermakna ada satu tempoh sangat lama sebelum bius diamalkan bersama pembedahan. Antara doktor paling hebat yang perlu dipetik untuk faham topik ini adalah Ambroise Pare.

Ambroise Pare.

Beliau berkhidmat sebagai jurubedah pada abad ke-16 dan sering merawat luka tembakan dengan cara mendidihkan minyak.

Seorang lagi adalah William Fabry, yang dijulang sebagai “Bapa Pembedahan Jerman”. Beliau memotong anggota badan yang sudah reput menjadi gangrene (Whitlock, 2020).

Pare dan Fabry menunjukkan dengan jelas yang pembedahan suatu masa dahulu tersangat azab, bagaikan selangkah ke alam barzakh.

Pembedahan mereka dibuat tanpa bantuan bius. Entah siapalah bernasib malang sampai terpaksa menjadi pesakit mereka.

Hampir sama seperti Fanny Burney, seorang penulis Inggeris yang menjalani pembedahan payu dara dengan hanya secawan wiski sebagai penenang (Flood, 2018).

Fanny Burney.

Dua kali beliau pengsan kerana terlalu sakit semasa dipotong.

Asasnya bius adalah untuk mengurangkan rasa sakit semasa pembedahan… sekali gus memudahkan kerja pakar.

Seorang doktor gigi di Boston menggunakan sulfuric ether sebagai bius kerana pesakitnya perlu dibedah untuk buang barah vaskular (Harrah, 2015).

Konsep bius ini sebenarnya dibina berdasarkan amalan alkimia (alchemy) yang sudah menular sejauh abad ke-12.

Suatu masa dahulu, pakar bedah akan menyapu bancuhan opium dan jus mandrake untuk melalikan pesakit (Norn, et al., 2005).

Ubi mandrake yang dijadikan jus.

Bancuhan ini diwarisi daripada zaman Rom lagi, yang jauh lagi ekstrim dengan hempedu babi serta cuka. Empat ramuan ini digunakan untuk “menidurkan seorang lelaki ketika para lelaki memotongnya”.

Jadi sebenar-benarnya, ubat bius sudah wujud secara konsisten dengan pembedahan. Cuma… sama ada berkesan atau tidak saja.

Tidak lupa juga pada kesan sampingan opium, yang boleh mengundang padah ketagihan. Dan mandrake pula mampu membawa maut jika dos terlalu tinggi untuk seseorang.

Dan setiap tubuh badan pula mempunyai had dos yang berbeza, sekali gus mengundang padah yang tidak disedari.

Bukan semua tukang bedah suka menggunakan bancuhan sebegini gila. Jadi pembedahan mereka sangat terhad pada jenis kecil, seperti memotong buang bahagian tertentu.

Pembedahan dalam seperti kelahiran Caesarean misalnya dianggap terlalu berisiko tinggi, kerana kesakitan melampau mampu menjejaskan kesihatan ibu dan anak.

Kaedah Pra-Bius Yang Menjadi

John Hunter mungkin tidak begitu terkenal sangat. Beliau merupakan guru yang mendidik Edward Jenner, yakni pelopor vaksin demam campak.

Pada tahun 1784, beliau cuba mengikat anggota badan dengan ketat untuk memperlahan peredaran darah.

Apabila pesakit tersebut tidak merasai anggota badannya, Hunter terus melaksanakan pembedahan dan berjaya memotong buang anggota badan tersebut.

Takkan aku percaya doktor yang pegang tengkorak dengan buku.

Namun kaedah ini tidak menjadi amalan arus perdana. Tidak pasti jika Hunter mengulangi cara ini. Kerana sejarah banyak mengenang “mesmerism” sebagai langkah pra-bius yang menjadi amalan.

Langkah ini tidak menepati asas saintifik sebenarnya. Kerana ia melibatkan elemen hipnosis katanya otak dimanipulasi dengan menggunakan magnet (Bryce, 2022).

Benar atau tidak, memang takkan boleh dipastikan… kerana tiada siapa yang cukup akal berani menyerah diri pada pisau bedah sambil berpegang pada kuasa hipnosis.

RUJUKAN:

Bryce, E. (2022, Februari 23). How did doctors perform surgery before modern anesthesia? Live Science.

Flood, A. (2018, Jun 22). ‘The evil was profound’: Fanny Burney letter describes mastectomy in 1812. The Guardian.

Harrah, S. (2015, November 11). Medical Milestones: Discovery of Anesthesia & Timeline. UMHS-SK.

Norn, S., et al. (2005). History of opium poppy and morphine. Dan Medicinhis Arbog. 33: 171-184.

Whitlock, J. (2020, April 11). The Historical Timeline of Surgery. Very Well Health.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply