Tiada siapa sangka Elon Musk akan menjadi orang paling kaya dunia. Beliau naik begitu mengejut, berjaya memintas Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Warren Buffett dalam masa sangat singkat.

Semuanya kerana percaturan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau seolah-olah tahu permintaan 20 tahun akan datang. Jadi beliau memulakan syarikat kereta elektrik Tesla dan menceburi industri aeroangkasa dengan SpaceX.

Apabila Joe Biden menandatangani ordinan untuk beralih ke kenderaan sifar karbon, saham Tesla pun melambung. Jadi Musk sudah lama merancang. Satu dunia lalai.

Naiknya Musk ke puncak boleh kata membawa satu masalah pada dirinya. Amerika Syarikat mahu orang berniaga. Tetapi negara ini cukup benci pada hartawan terlalu kaya.

Syarikat pimpinan Elon Musk betul betul kena pada permintaan global.

Satu saja pasal Amerika Syarikat. Institusi ekonominya seolah-olah hidup dan tidak nyanyuk, kerana masih teringat impak ngeri apabila “seorang peniaga (contohnya J.D. Rockefeller) membolot semua”.

Program New Deal Yang Masih Hidup

Apabila ekonomi Amerika Syarikat runtuh sekitar 1930-an, pihak Federal Reserve memperkenalkan beberapa akta penting. Semua akta ini dijaga pihak Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), yang bertugas untuk mencegah manipulasi dalam pasaran (Hirst, 2018).

Pihak SEC sentiasa memantau helah dan penipuan peniaga yang ingin bermanipulasi pasaran. Salah satu helah adalah insider trading, yang menghantui pasaran sejak 1930-an. Helah ini senang faham. Sebarang jual beli saham oleh orang yang “mendapat maklumat melalui kabel syarikat” dianggap insider trading.

Ekonomi Amerika Syarikat pernah rosak teruk kerana amalan gila dalam pasaran saham.

Orang dalam syarikat menyalurkan sesuatu maklumat yang tidak diketahui pihak umum (Ganti, 2021). Selagi mana maklumat ini tidak mengganggu imbangan keadilan, selagi itulah insider trading tidak menyalahi peraturan SEC.

Apa Kena Mengena Dengan Musk?

Amerika Syarikat dari dulu lagi cukup meluat dengan figura-figura paling kaya. Mark Zuckerberg kena macam-macam. Sekarang giliran Musk pula, kerana katanya ada layanan buruk terhadap pekerja syarikat Tesla sampai wujud unsur diskriminasi. Isu-isu buruh takkan boleh dibuat “isu undang-undang”. Jadi mereka mencari kaedah lain.

Kebetulan baru-baru ini, pihak SEC terhidu pula aktiviti di sebalik tabir dalam institusi Tesla itu sendiri. Begini ceritanya. Tahun lalu, Elon Musk ada naikkan hantaran undian (poll post) di Twitter. Beliau bertanya jika beliau patut lepaskan 10 peratus pegangan sahamnya dalam syarikat Tesla. Sehari sebelumnya, adik Elon iaitu Kimbal Musk menjual pegangan sahamnya bernilai AS$108 juta (Reuters, 2022).

Kimbal Musk tiada kena mengena langsung dengan syarikat Kimball.

Isu di sini jelas insider trading. Pihak SEC mendakwa Kimbal tahu yang Elon akan naikkan hantaran undian tersebut. Kimbal nafikan. Tetapi peguamnya cakap lain pula. Jadi isu insider trading ibaratkan memudahkan cara bagi pihak SEC untuk kacau periuk nasi Tesla perihal diskriminasi pekerja.

Dari sisi Elon Musk pula, gangguan SEC ini adalah kerana beliau terlalu lantang mengkritik sistem kewangan Amerika Syarikat. Cuma pada ketika Elon Musk bising pasal sistem kewangan negara, beliau seolah-olah menutup mata pasal kemelut besar dalam Tesla. Dari dulu lagi pihak Bloomberg melaporkan tentang masalah laporan kewangan Tesla, yang melanggar piawaian dan prinsip perakaunan (orang-orang akaun mungkin pernah dengar GAAP).

Jadi buat masa sekarang, ibaratkan elephant kerajaan dan elephant kewangan bertembung. Cuma grass mana akan suffer nanti? Tunggu dan lihat. Selalunya kerajaan akan menang.

RUJUKAN:

Ganti, A. (2021, Disember 15). Insider Trading. Investopedia.

Hirst, S. (2018, Julai 1). The Case for Investor Ordering. The HarvardLaw School.

Reuters. (2022, Februari 25). SEC probes Elon Musk, brother Kimbal over Tesla share sales – WSJ. Channel News Asia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply