Poligami memang menarik untuk dikupas. Sensasinya sentiasa ada dalam bentuk campuran: ada yang suka; ada yang marah. Yang suka mesti lelaki selalunya. Cuma lucu juga kalau fikir balik. Bukan main suka poligami tetapi diri sendiri masih tidak laku sampai sudah. Yang marah pula selalunya perempuan. Bukan main meledak lagi sampai boleh baling-baling barang. Akhirnya tengok-tengok si pemarah itu yang paling bersyukur menerima madu kerana tidak perlu layan kerenah bangang sejenis makhluk asing bernama suami.

Tidak perlu tanya pada orang ramai. Rata-ratanya sudah biasa dengan definisi “poligami empat isteri”. Namun had isteri ini hanya ditetapkan Islam. Ada agama yang tidak menetapkan langsung. Tanpa had isteri, seorang lelaki boleh berkahwin seramai yang mahu (atau mampu). Maka memperkenalkan Ziona, seorang lelaki Kristian yang menetap di Mizoram, India.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Pemegang Rekod Dunia

Ziona dilahirkan pada 21 Julai 1945 di sebuah kampung yang terletak 100 kilometer daripada bandar raya Aizawl. Ketika berusia 17 tahun, beliau mendirikan rumahtangga dengan isteri sulung bernama Zathiangi. Tengok pada cara, Zathiangi merupakan seorang wanita yang amat berdisiplin (Gregory, 2011). Sifat ini tidak boleh menghalang Ziona daripada mencari isteri kedua dan ketiga dan keempat… dan seterusnya.

Ziona

Ceritanya begini. Ziona sebenarnya boleh dikatakan macam seorang putera juga. Bapanya Chana adalah seorang ketua mazhab Kristian di kampung tersebut. Dan mazhab ini membenarkan poligami. Sebagai ketua, Chana harus mengerjakan amanah ini dengan cara berpoligami. Selepas Chana pergi buat selamanya, Ziona dipilih menjadi ketua. Dalam masa setahun, Ziona berkahwin dengan 10 orang isteri.

Untuk menampung keperluan para isterinya, Ziona membina sebuah rumah agam empat tingkat di kawasan Gunung Baktawng. Ziona mengambil sebuah bilik tidur untuk dirinya sendiri. Dan setiap malam, isterinya akan bergilir-gilir tidur bersamanya. Setiap hari pula, sekurang-kurangnya tujuh isteri memenuhi keperluan hariannya seperti makan, minum, dan sebagainya.

FILE PHOTO: A view of Ziona’s 4 storey house in Baktawng village in the northeastern Indian state of Mizoram, October 6, 2011. REUTERS/Adnan Abidi

Menurut para isteri, mereka tidak bersaing antara satu sama lain. Kerana Ziona selalu berlaku adil (Das, 2011). Pejam celik, Ziona berkahwin dengan 39 orang isteri. Dan dalam kalangan 39 orang ini, 22 berusia bawah 40 tahun. Rahim mereka telah mengandung 94 orang anak yang menimang 33 orang cucu pula. Tiga isteri sudah meninggal dunia sebelum tahun 2005 –ada yang lari meninggalkan Ziona, tidak pasti kenapa.

Ikut pada pencapaian ini, Ziona sebenarnya sudah memecah rekod dunia sebagai “Lelaki Paling Ramai Isteri” dibawah Guinness World Record. Walau bagaimanapun beliau tidak mahu sebarang publisiti daripada amalan ini (Udas, 2011). Memenuhi kehendaknya, pihak antarabangsa hanya memanggil mereka “Keluarga Terbesar Dunia”.

Cara Hidup Berpoligami

Jujurnya, keluarga Ziona sudah cukup untuk membangunkan sebuah kejiranan. Jumlah mereka sangat mampu untuk menampung kehidupan secara mandiri. Mereka menanam sayur untuk menyara diri. Dan Ziona pula membangunkan sebuah sekolah khas untuk anak-anaknya tanpa bantuan daripada pihak kerajaan. Kurikulum sekolah India diterapkan dalam sistem pendidikan, yang ditambah sedikit sebanyak supaya ada keluhuran budaya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Para isteri memasak. Anak-anak perempuan pula mengemas rumah dan mencuci pakaian. Lelaki mengembala haiwan ternakan dan bercucuk tanam. Nampak macam bahagia – tetapi itulah, bahagia hanyalah perspektif yang dirasai oleh orang itu sendiri. Bibir boleh kata bahagia; hati siapa tahu. Sebab itulah segelintir dalam kalangan pembaca masih bujang. Lidah menghayun kata-kata penyedap. Tetapi jiwa tidak tenteram.

Apa-apa pun, Ziona boleh menjadi contoh jika mahu. Beliau meninggal dunia pada tahun 75 selepas menghidap tekanan darah tinggi (Parasha, 2021). Mayatnya dibawa ke rumah untuk pengebumian. Walau bagaimanapun, tiba-tiba nadi Ziona berdenyut sampai terbukti melalui oximeter (Khojol, 2021). Namun nadinya berhenti terus beberapa hari kemudian dan majlis pengebumian berlangsung 10 hari selepas beliau masuk hospital.

RUJUKAN:

Das, B. (2011, Februari 23). Man has 39 wives, nearly 100 children. Reuters.

Gregory, A. (2011, Oktober 21). World’s largest family with 181 members live in 100-room four-storey house in India. Diaily Mirror.

Khojol, H. (2021, Jun 14). Mizoram: Zion-a resurrect? World’s largest family says patriarch alive, delays funeral. East Mojo.

Parasha, U. (2021, Jun 13). Mizoram man believed to head world’s largest family with 38 wives, 89 kids dies. Hindustan Times.

Udas, S. (2011, Oktober 31). Is 160 enough? One Indian man’s family. CNN.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply