Semua negara ada masalah. Satu-satunya cara untuk selesaikan masalah adalah dengan cara menggunakan jalan penyelesaian berpraktikal. Asal cakap saja pasal isu arak, mesti ramai bising minta kerajaan haramkan saja. Arak sebenarnya tidak boleh diharamkan… selagi mana ada permintaan. Tengok dadah sudahlah. Banyak negara mengharamkan dadah, dengan dasar lembut dan keras. Tetapi masalah dadah tetap menular sampai ramai terjebak.

Itulah kiasan paling sesuai untuk faham tentang isu arak. Gejala yang memabukkan memang mustahil untuk disingkir begitu sahaja. Banyak pelaksanaan boleh dibuat contoh. Salah satu yang paling terkini berlaku di India, sebuah negara terkenal dengan pelbagai jenis arak.

Negeri Antara Tiga Sempadan

Bihar terletak di bahagian utara India, bertaut dengan sempadan Nepal.

Kedudukan Bihar Di India.

Lama dua pihak ini berkongsi manfaat ekonomi. Barang gantian (spare part) murah di Bihar. Minyak pula murah di Nepal. Jadi penduduk Bihar selalu berhijrah pergi balik – tetapi tidak semestinya untuk minyak semata-mata. Ada satu perkara menarik tentang Bihar. Wanita di sini semuanya besi. Kalau cakap banyak, makan penyapu terus ke muka.

Mana tidak besinya. Lelaki di sini semuanya sama. Kalau beri muka, naik atas kepala. Bukan kaki perempuan masalahnya. Kaki bangku mungkinlah tetapi rata-ratanya cenderung untuk menjadi kaki botol. Apabila pendapatan rendah, budaya kaki botol akan mengundang tekanan kewangan. Jadi selagi wanita tunduk, lelaki mereka memang takkan serik.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Saban generasi, gerakan feminisme di Bihar berkemuncak sampai ke tahap mereka berjaya mengharamkan arak (Anand, 2017). Sebaik sahaja arak diharamkan, banyak gejala mencatatkan penurunan: 1) pembunuhan (20 peratus), 2) mogok (13 peratus) dan 3) kemalangan maut (10 peratus).

Kempen berdenda.

Manakala perbelanjaan keluarga meningkat sampai jualan keju melambung dua kali ganda. Motosikal banyak dibeli. Barangan elektrik pun sama. Penduduk tempatan nampaknya lebih mampu membeli rumah bata, berbanding rumah tanah liat.

Namun gejala mabuk nampaknya naik turun. Apa sebabnya?

Hukum Alam Dalam Perniagaan

Macam dicakap tadi – Bihar dan Nepal berkongsi hubungan yang sangat rapat. Maka penduduk Bihar mudah merentas sempadan ke Nepal, negara yang tiada larangan arak. Mereka tahu sempadan akan tutup sebelum pukul 9 malam. Maka ramai berpusu-pusu ke Nepal semata-mata untuk meneguk. Malah penduduk di sempadan selatan pula lagi mudah mendapatkan arak dengan hanya merentas negeri. Mereka ini tiada had masa langsung. Sampai 12 tengah malam mereka boleh duduk melepak dalam kedai minuman berdingin hawa.

Lagi kempen di Bihar.

Ini bermakna larangan arak sebenarnya berfungsi di kawasan tengah, yakni bandar dan kampung jauh daripada Nepal dan negeri-negeri India lain. Walau bagaimanapun, kawasan ini sekarang berdepan beberapa masalah tersendiri. Oleh kerana arak dijenayahkan, ramai penduduk sedang direman dan menunggu giliran mahkamah. Mereka tidak mampu mengikat jamin sendiri. Bermakna keluarga di rumah sama ada tengah sengsara akibat terputus pendapatan… atau tepuk tangan kerana kaki botol masuk dalam.

Cuma sekarang arak sedang diseludup masuk dalam Bihar. Sementara negeri kehilangan punca pendapat kerana tiada cukai arak, kerajaan negeri perlu mencari jalan untuk menguatkuasakan undang-undang pula. Stok arak yang masuk pula tidak dipantau untuk menentukan selamat atau beracun (Mashal & Sharma, 2022).

Sebab itulah 23 orang baru-baru ini meninggal dunia di Bihar kerana minum arak seludup. Kandungannya tidak diketahui. Dan rantaian sama berlaku di Malaysia demikian hari, apabila kes keracunan arak meningkat. Cuma di Malaysia, susah sikit. Kerana kes keracunan selalu berlaku pada golongan berpendapatan rendah. Dan golongan ini pula akan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

RUJUKAN:

Anand, G. (2017, April 15). Alcohol Ban Succeeds as Women Warn, ‘Behave, or We’ll Get Tough’. The New York Times.

Mashal, M., & Sharma, B. (2022, Mei 19). An Indian State Banned Alcohol. The Drinking Moved To Nearby Nepal. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply