Bayangkan anda pergi ke 7-Eleven untuk membeli makanan ringan, kemudian berjalan keluar dan melalui lorong tanpa sesiapa, tanpa anda sangka seseorang menyelinap dari belakang dan menangkap anda, seterusnya memasuki dalam van. Beberapa hari kemudian, pihak polis menemui anda yang telah meninggal dunia dalam keadaan mengerikan. Tiada siapa tahu pelakunya melainkan anda yang tidak lagi mampu berinteraksi dengan mereka yang hidup.

Beginilah situasi melibatkan kes pembunuhan bersiri yang sanggup tamatkan riwayat ramai orang demi kepuasannya sendiri. Kita sendiri mungkin tidak selamat di luar jika mengetahui si pembunuh bersiri masih berkeliaran mencari mangsanya. Hampir setiap negara tidak lari dari mempunyai sekurang-kurangnya satu kes pembunuh bersiri. Negara yang mempunyai kes paling banyak ialah di AS yang terkenal dengan kisah pembunuh seperti Samuel Little, Gary Ridgway, dan Ted Bundy.

Untuk artikel ini, kita menyelami kes pembunuhan bersiri di Jepun pada pertengahan tahun 1980-an. Pembunuh ini digelar sebagai ‘Vending Machine Killer’ atau Pembunuh Mesin Layan Diri. Dia menggunakan mesin layan diri sebagai alat untuk membunuh seramai 12 orang pelanggan mesin tersebut.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Vending machine adalah mesin layan diri yang telah menjadi sebahagian dari hidup warga Jepun. Kita biasanya mempunyai mesin menjual air minuman dalam bentuk tin dan botol. Tetapi di Jepun, apa yang kita mahu beli mesti ada mesin layan diri sendiri. Makanan seperti sushi, kek, dan makanan dalam tin; pelbagai jenis alatan dan alat permainan, dan pelbagai jenis barangan lain. Dalam kes pembunuh mesin layan diri ini, dia sasarkan mesin botol air soda sebagai lokasi untuk lakukan modus operandinya.

Modus operandi si pembunuh ini tidak melibatkan ‘face to face’ kepada mangsanya apabila membeli air soda dengan syiling yen. Dia biarkan saja si mangsa membelinya namun apa yang si mangsa tidak tahu ialah racun telah melekat di permukaan botol sebelum diminum.

Si pembunuh menggunakan racun jenis Paraquat, racun pokok herba yang memberikan kesan yang kuat apabila dihadam. Apabila Paraquat masuk ke dalam tubuh, ia perlahan-lahan musnahkan badan dalam beberapa hari atau berminggu-minggu. Satu per satu organ tidak berfungsi apabila racun ini mengalir, terutamanya paru-paru kerana racun ini tertarik dengan kepekatan oksigen.

 

Inilah racun yang si pembunuh gunakan untuk sapukan ke atas minuman dalam mesin layan diri. (Sumber: Class Action Claim Center)

Paru-paru akan mengalami fibrosis iaitu pengembangan tisu paru-paru sehingga menyukarkan proses penafasan, dan keadaan paling teruk ialah mati akibat kelemasan. Beginilah cara racun Paraquat menjalankan ‘tugas’ mematikan si mangsa. Si pembunuh tidak perlu kotorkan tangan, hanya sapukan di tempat keluar botol soda. Ia cukup memadai menghapuskan si mangsa dengan cara perlahan.

Walaupun modus operandi si pembunuh ini mudah, namun tidak mudah untuk dia membunuh seramai 12 orang pelanggan yang tak bernasib baik kerana ketidakkerapan pelanggan untuk membeli di mesin layan diri. Bagaimana si pembunuh ini selesaikan masalah ini?

Si pembunuh ini menggunakan iklan minuman bagi mendapatkan mangsanya. Pada pertengahan tahun 1985, syarikat minuman berkhasiat mengadakan promosi ‘beli satu percuma satu’ terhadap minuman bernama Oronamin C. Pelanggan yang membeli minuman ini di mesin layan diri akan mendapat minuman kedua yang percuma dari mesin yang sama. Promosi inilah menjadi ‘umpan’ bagi pembunuh untuk hapuskan mangsanya. Selain Oronamin C, syarikat Coca-Cola Jepun yang promosikan minuman bernama “Real Gold” juga menjadi ‘umpan kedua’ si pembunuh mesin layan diri.

Contoh iklan minuman Oronami C. Iklan yang baru tular biasanya Pembunuh Mesin Layan Diri gunakan sebagai ‘rujukan’ mencari mangsanya. (Sumber: tokyohive.com)

Tambahan lagi, sikap Jepun pada waktu itu juga memberikan peluang besar untuk si pembunuh dapatkan lebih ramai mangsa. Biasanya warga Jepun akan tinggalkan makanan atau minuman yang percuma dari promosi untuk diberikan kepada sesiapa yang kelaparan atau kehausan. Sifat ini begitu baik tapi bagi si pembunuh, ini peluang besar untuk sapukan racunnya dan berbangga dengan ‘pencapaian’ gilanya.

Sepanjang keaktifan si pembunuh pada tahun 1985, sekurang-kurangnya 10 orang mangsa telah meninggal dunia dan lebih 30 orang mengalami keracunan yang teruk, akibat minuman Oronamin C dan Coca-Cola yang beracun. Peningkatan mangsa oleh tindakan si pembunuh mesin layan diri ini menimbulkan persoalan baru, apakah rancangan ini dilakukan hanya seorang saja? Apakah motif pembunuhan senyap ini?

Coca-Cola “Real Gold” juga ‘umpan’ si pembunuh untuk dapatkan mangsa. (Sumber: 1source.com)

Persoalan yang dikira utama bagi memahami motif si pembunuh ialah adakah pembunuhan ini perlu sebagai reaksi sebahagian rakyat Jepun memprotes penghasilan ‘minuman berkhasiat’ yang mempunyai kandungan gula yang tinggi? Apapun persoalannya, kegiatan pembunuh mesin layan diri telah berhenti selepas tahun 1985. Adakah motif si pembunuh ini telah dicapai?

Sepanjang penyiasatan, pihak penyiasat masih bingung siapakah si pembunuh tersebut. Hanya jumlah kematian, pesakit yang keracunan, botol minuman yang tercemar, dan mesin layan diri saja yang mereka dapati. Teknologi forensik di Jepun pada tahun tersebut begitu rendah jadi sukar untuk menjejaki pembunuh tersebut. Maka, kes ini tergantung.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Ramai mengesyaki bahawa pembunuh itu ialah antara ahli kumpulan penjenayah yang memeras ugut syarikat penghasilan makanan ringan untuk meracunkan gula-gula dan makanan lain. Kumpulan penjenayah ini dipanggil dengan nama “The Mystery Man with 21 Faces”. Walau bagaimanapun, kedua-dua kes ini tidak berkaitan kerana mereka telah menulis surat bagi mempertahankan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan pembunuh mesin layan diri itu.

Pada tahun 1998, wujud lagi gelombang kedua kes meracunkan minuman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun begitu, penjenayah yang terlibat dalam kes tersebut tidak ada kaitan dengan pembunuh mesin layan diri. Mungkin, meracunkan minuman oleh si pembunuh itu menjadi trend penjenayah akan datang untuk menghapuskan mangsa pilihannya.

RUJUKAN:

Vrchoticky, N. 19 October 2019. The Untold Truth Of The Vending Machine Killer. Grunge.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply