Sebut saja Segi Tiga Bermuda, ramai orang mengaitkannya dengan pelbagai tragedi kapal dan kapal terbang yang hilang. Tetapi tidak ramai tahu di sebelah Asia, ia mempunyai Segi Tiga Bermudanya yang tersendiri sehingga menjadi sumber mitos di China dan Jepun. Kawasan itu ialah Laut Syaitan (The Devil’s Sea).

Lokasi Laut Syaitan.

Ahli biologi Scotland, Ivan T. Sanderson menggelar Laut Syaitan dan Segi Tiga Bermuda sebagai sebahagian daripada 12 Vortice Ja.h.at. Vortice Jahat merupakan kawasan di mana berlakunya gangguan elektormagnet yang tinggi. Selain dua lokasi berkenaan, Sanderson turut menyenaraikan Mohenjo Daro, Megalitik Algeria, Gunung Berapi Hamakulia (Hawaii), Megalitik Pulau Easter, Lembangan Wharton, Jurang New Hebrides dan Pulau Loyalty (Afrika Selatan), Anomali Amerika Selatan (Argentina), Megalitik Zimbabwe (Australia), Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Lokasi 12 Vortice Jahat yang dicadangkan Sanderson.

Gangguan elektromagnet ini berlaku kerana pertembungan arus air panas dan arus air sejuk yang melintas di kawasan-kawasan ini. Ia mengakibatkan pelbagai fenomena misteri seperti gangguan terhadap kelengkapan elektronik termasuk kelengkapan perlayaran, cuaca aneh dan pelayar melihat pulau hantu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Cerita tentang Laut Syaitan sudah wujud seawal 1000 SM. Mengikut mitologi masyarakat China, seekor naga menghuni kawasan laut ini dan menelan mana-mana kapal yang melalui kawasan berkenaan. Mana-mana kapal malang yang melalui kawasan berkenaan tidak akan dapat dikesan lagi. Atas sebab itulah, orang China mempunyai gelaran lain untuk laut berkenaan iaitu Segi Tiga Naga.

Bagaimanapun, dalam konteks hari ini, naga tersebut sebenarnya mewakili gunung-gunung berapi bawah laut. Melihat dari sudut ini, ia kelihatan logik apatah lagi kawasan Laut Syaitan merupakan sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik. Apabila ia mele.t.us, ia mengakibatkan perubahan yang menyebabkan kapal karam dan tenggelam ke dasar laut. Ini sekaligus menjustifikasikan cerita naga menelan kapal-kapal dan membawanya ke dasar laut.

Antara kapal-kapal yang menjadi mangsa laut ini ialah angkatan laut Mongol pada 1274 dan 1281. Angkatan ini diutus oleh Kublai Khan dengan tujuan menakluk Jepun dan menjadikan ia sebahagian daripada jajahan takluk Mongol yang luas. Bagaimanapun, armada mereka dibadai ribut yang dahsyat dengan banyak kapal karam ke dasar laut.

Dua insiden ini memaksa pihak Mongol membatalkan semua rancangan menye.ra.ng Jepun dan menyelamatkan Negara Matahari Terbit itu daripada dijajah kuasa asing. Orang Jepun menggelar ribut yang memus.na.hkan armada Mongol sebagai Kamikaze kerana ia merupakan angin suci yang diutus dewa-dewi untuk melindungi negara itu. Hari ini, kesan bangkai kapal Mongol yang karam masih dapat dilihat sehingga hari ini.

Pada abad ke-19, wujud satu laporan seorang wanita misteri berlayar ke Laut Syaitan. Menurut beberapa saksi yang pernah melihat kapal berkenaan, ia kelihatan seperti kelengkapan tradisional Jepun untuk memba.k.ar setanggi. Bagaimanapun, tidak diketahui destinasi dan identiti wanita berkenaan.

Pada tahun 40-an dan 50-an, Jepun menerima laporan banyak kapal nelayan dan ten.te.ra lautnya hilang sekitar kawasan antara Pulau Miyake dengan Iwo Jima. Bimbang tentang situasi itu, Tokyo menghantar kapal penyelidikan Kaio Maru No. 5 untuk menyiasat apa yang berlaku di Laut Syaitan. Bagaimanapun, sebarang usaha menemui jawapan berakhir dengan tragedi.

Ini kerana kapal Kaio Maru No. 5 juga dilaporkan hilang di Laut Syaitan. Walaupun bangkai kapal tersebut berjaya ditemui tetapi nasib anak-anak kapal malang itu tidak diketahui. Akibat insiden berkenaan, Jepun mengisytiharkan Laut Syaitan sebagai merbahaya untuk perjalanan dan perdagangan maritim. Dengan pengisytiharan itu, sebarang usaha untuk menyiasat Laut Syaitan juga dibatalkan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Laut Syaitan menjadi subjek buku ‘The Dragon’s Triangle’ yang dikarang oleh Charles Berlitz pada tahun 80-an. Dalam buku berkenaan, dia mendakwa Laut Syaitan mempunyai potensi ba.ha.ya sama dengan Segi Tiga Bermuda di mana lebih 700 orang hilang antara 1952 hingga 1954.

Bagaimanapun, dakwaan Berlitz dibakulsampahkan oleh Larry Kusche menerusi buku ‘The Bermuda Triangle Mystery Solved’. Kusche melihat sesetengah kes kapal yang hilang berlaku di luar lingkungan Laut Syaitan dan terjadi akibat kema.la.ngan. Ramai orang terlupa, aktiviti menangkap ikan di kawasan laut dalam merupakan satu pekerjaan yang merba.ha.ya dan kadang-kadang boleh mengakibatkan kapal nelayan karam.

Pulau-pulau Jepun dalam kawasan Laut Syaitan

Malah, Kusche percaya kehilangan kapal Kaio Maru No. 5 berlaku akibat letusan gunung berapi bawah laut. Sesiapa yang melihat kawasan Laut Syaitan tahu ia penuh dengan gunung berapi bawah laut dan amat aktif. Aktiviti seismik di kawasan ini mengakibatkan pulau-pulau kecil sekitar kawasan berkenaan hilang dan digantikan dengan pulau-pulau baru. Fenomena seismik ini turut menjelaskan keanehan di Laut Syaitan termasuk gangguan peralatan elektronik dan kehilangan kapal-kapal.

RUJUKAN:

Gillan, J. (2021). The Devil’s Sea: Bermuda Triangle of the Pacific. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.