Selsema Burung H10N3 telah dilaporkan baru-baru ini untuk pertama kalinya menjangkiti manusia. Kes pertamanya adalah di China. Kita belum habis lawan pandemik covid-19 lagi, telah muncul wabak baru. Pelbagai pandamik bermula dari China bukan perkara baru.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Banyak pandemik besar yang berlaku sepanjang sejarah bermula dari China. Black Death (1346–1353), Wabak Pandemik Ketiga (1855–1960), Wabak Manchuria (1910–1911), Asian Flu (1957-1958), Hong Kong Flu (1968–1970) Russian Flu (1977), SARS (2002-2004), Avian Flu (2013–2019) semuanya bermula dari China. Wabak Covid-19 (2019–Kini) pun dispekulasikan bermula dari China.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ada beberapa sebab mengapa banyak wabak bermula dari China. China merupakan negara yang paling tinggi populasinya. Manusia paling ramai tinggal di China [1].

Disebabkan populasinya tinggi, pembangunan bandar-bandar untuk dijadikan tempat tinggal juga tinggi. Jadi, China juga merupakan negara yang paling tinggi pembandarannya. Sebanyak 60% daripada populasi di China tinggal di bandar [2].

Pembangunan bandar membuatkan habitat haiwan perlu ditebang. Maka, penebangan hutan banyak dilakukan. Penebangan ini memudahkan untuk munculnya pandemik. Apabila hutan ditebang, populasi haiwan liar pemangsa akan menurun. Dengan ketiadaan pemangsa untuk memakan, haiwan mangsa dalam rantaian makanan di bawah yang mudah untuk bermandiri (survive) hasil daripada penebangan ini akan meningkat.

Misalnya kelawar dan tikus yang telah menjadi hos pelbagai jenis virus akan meningkat. Habitat mereka yang terancam akan menjadikan mereka dapat hidup berhampiran dengan bandar. Tuntas mambuatkan penhantaran (transmission) virus haiwan-manusia mudah berlaku [3].

Pembandaran telah mewujudkan rangkaian ekosistem antara haiwan liar, haiwan ternakan dan manusia. Ini bermakna, manusia berhubung (contact) dengan haiwan akibat daripada pencerobohan habitat untuk proses pembandaran. Hal ini menyebabkan mudahnya berlaku penghantaran (tranmission) virus daripada haiwan kepada manusia. Seterusnya, menjadikan manusia sebagai hos baru untuk virus [4].

China juga cukup terkenal dengan memakan haiwan-haiwan liar terutamanya haiwan berasaskan burung. Hubungan antara manusia dan haiwan-haiwan ini berpotensi untuk mencetuskan virus baru. Disebabkan ini, banyak pasar-pasar dibangunkan yang menjualnya. Disebabkan aktiviti ini, pada tahun 2017, saintis dari China sendiri telah meramalkan China akan jadi tapak bermulanya pandemik di masa hadapan (ramalannya benar iaitu covid-19) [5].

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Perkara yang ironi tentang ini ialah apabila populasi meningkat perbandaran akan meningkat. Tetapi sebenarnya perbandaran merupakan kaedah untuk memperlahankan kadar perkembangan populasi. Diseluruh dunia memperlihatkan kadar perkembangan populasi lebih perlahan di bandar berbanding di luar bandar. Dulu di kampung, satu keluarga boleh sampai 7-8 orang anak. Di bandar sekitar 2-3 orang anak satu keluarga [6-7].

RUJUKAN:

[1] https://www.census.gov/popclock/print.php?component=counter

[2] https://www.statista.com/…/270162/urbanization-in-china/

[3] Tollefson, J. (2020). Why deforestation and extinctions make pandemics more likely. Nature, 584(7820), 175-176.

[4 Hassell, J. M., Begon, M., Ward, M. J., & Fèvre, E. M. (2017). Urbanization and disease emergence: dynamics at the wildlife–livestock–human interface. Trends in ecology & evolution, 32(1), 55-67.

[5] smithsonianmag.com/science-nature/china-ground-zero-future-pandemic-180965213

[6] Torrey, B. B. (2004). Urbanization: An environmental force to be reckoned with. Population Reference Bureau, 1.

[7] Yi, Z., & Vaupel, J. W. (1989). The impact of urbanization and delayed childbearing on population growth and aging in China. Population and Development Review, 425-445.

Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.