Dalam kita bercerita tentang sejarah Melaka, entah kenapa nama Hang Nadim tak segah nama bapa dan bapa angkatnya iaitu Hang Jebat dan Hang Tuah.
Tapi Hang Nadim ni lah yang berjuang untuk rampas semula Kota Melaka selepas ditawan Portugis pada 1511.
Ketika Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah, beliau masih berada dalam kandungan ibunya. Selepas lahirnya Hang Nadim, dia diambil sebagai anak angkat oleh Hang Tuah.
Ketika usianya menjejak dewasa, beliau dikahwin dengan anak perempuan Hang Tuah iaitu Tun Emas Jiwa. Dari perkahwinan ini, lahirlah Tun Ali.
Beliau berkhidmat di bawah Sultan Mahmud yang mangkat pada tahun 1528, kemudian diikuti oleh Sultan Alaudin Riayat Shah II pada tahun 1564, kemudian dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597).
Sepanjang hayatnya, Laksamana Hang Nadim sertai lebih 32 buah pertempuran dalam melawan Portugis!
Cuba kita lihat betapa bijaknya strategi yang dibuat oleh Laksamana Hang Nadim.
Beliau sedar kapal-kapal yang dipakai oleh Portugis dilengkapi meriam yang jauh lebih hebat daripada kapal-kapal Melayu, maka Hang Nadim mengerakkan perang gerila atas laut antara yang pertama pernah dilihat dalam sejarah.
Kelebihan kapal Melaka ialah mereka lebih laju daripada kapal yang dimiliki oleh askar Portugis. Kapal Galleon jauh lebih besar dan dilengkapi oleh teknologi canggih membuatkan Hang Nadim mengelakkan pertempuran secara berdepan dan besar-besaran.
Lalu disuruhnya kapal-kapal Melaka untuk mengumpan kapal besar Portugis ke kawasan perairan yang cetek. Apabila kapal-kapal Portugis tersangkut di situ, maka kapal-kapal orang Melayu akan menyerbu kapal-kapal Portugis dari semua arah dan merampas kapal mereka.
Laksamana Hang Nadim dah kaji dengan mendalam kapal-kapal yang dimiliki oleh Portugis dan beliau tahu sejauh mana dan arah mana yang tak mampu ditembak oleh Portugis.
Maka, diarahkan kapal-kapal Melayu meluru ke arah kapal Portugis pada arah tertentu untuk elak serangan meriam Portugis.
Laksamana Hang Nadim tahu betapa kota Melaka yang ampuh itu tak mungkin dapat ditawan oleh kekuatan orang Melayu ketika itu.
Jadi, satu-satunya cara untuk pastikan Portugis keluar dari kota atau menyerah adalah dengan melakukan sejenis taktik dalam perang yang dipanggil sebagai Attrition Warfare.
Taktik ni makan masa yang agak lama untuk tewaskan musuh. Jadi apa yang dibuat oleh Laksamana Hang Nadim?
Hang Nadim sekat bekalan makanan yang bakal datang ke Melaka. Armada-armada orang Melayu ditempatkan di beberapa tempat seperti di Sungai Perlis, Sungai Pahang yang mana kapal-kapal dari Burma, Jawa dan Siam datang bawa bekalan makanan.
Maka pedagang-pedagang yang mahu masuk ke Melaka ditahan dan diserang oleh armada-armada kapal orang Melayu.
Portugis hadapi krisis kebuluran yang amat teruk. Kerugian ini menyebabkan mereka terpaksa serang Pulau Bentan yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor tempat Laksamana Hang Nadim berkhidmat.
Sebanyak tiga kali serangan dilakukan Portugis iaitu pada tahun 1523, 1524 dan 1525. Sekali lagi Laksamana Hang Nadim gunakan bentuk muka bumi untuk tewaskan Portugis.
Arus sungai Bentan dan halangan yang dipasang pada dasar sungai tersebut membuatkan kapal-kapal besar Portugis kalah teruk.
Tapi, entah kenapa Sultan Mahmud tiba-tiba jadi terlebih excited. Baginda tiba-tiba seru untuk Laksamana Hang Nadim hentikan serangan gerila yang dibuat dan taktik menyekat makanan ke dalam Kota Melaka.
Hang Nadim cuba bantah namun Sultan Mahmud jadi terlebih yakin dengan rentetan demi rentetan pertempuran yang dimenangi oleh Hang Nadim.
Sudah adat orang Melayu, maka Hang Nadim terpaksa akur dengan perintah sultan.
Hang Nadim dan menantu Sultan Mahmud ketika itu serang kota Melaka. Namun, Melaka kalah teruk dan lebih daripada 600 daripada 2000 orang askar Melayu syahid.
Berpuluh-puluh kapal orang Melayu ditenggelamkan oleh Portugis. Tidak cukup dengan tu, Portugis yang dapat semangat dari pertempuran tu selepas rentetan kekalahan di tangan strategi peperangan yang digunakan oleh Hang Nadim, terus melakukan serangan di bawah Pedro Mascarenhas dengan angkatan yang besar 300 buah kapal, dibantu pula dengan 600 orang pengkhianat dari orang Melayu sendiri dari Pulau Lingga.
Serangan kali ni berjaya dan Portugis ambil masa 14 hari untuk takluk Bentan.
Kapal-kapal orang Melayu serta kota Bentan habis dibakar oleh Portugis dan Sultan Mahmud serta pengikut-pengikutnya iaitu Hang Nadim terpaksa melarikan diri di Kampar. Sultan Mahmud kemudian mangkat 2 tahun kemudian.
Hang Nadim masih setia memimpin orang Melayu untuk tawan kembali kota Melaka namun semuanya gagal. Bukanlah kerana Hang Nadim tak efisyen, tetapi kerana sultan-sultan yang Hang Nadim berkhidmat tak sabar untuk takluk kembali Kota Melaka padahal taktikal dan strategi perang yang dipakai oleh Hang Nadim mengambil masa dan jangka panjang untuk datangkan hasil.
Walaupun Hang Nadim gagal untuk balas dendam atas apa yang berlaku pada Kesultanan Melayu Melaka, namun usaha demi usaha dari Hang Nadim beri semangat kepada generasi-generasi orang Melayu seterusnya untuk tawan kota Melaka sehinggalah berjaya di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil yang menjalankan pakatan dengan Belanda.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap H–M–S tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Pejuang-pejuang Melayu kita yang gugur syahid menjadi bukti untuk korang faham dengan perjuangan orang Palestin mendapatkan semula tanah air mereka. Baca lagi mengenai Penaklukan Kota Melaka 1511 bersama 1511: KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA sekarang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply