Comfort women ialah istilah bagi wanita-wanita yang menjadi hamba seks tentera Jepun ketika di negara-negara jajahan mereka. Sekitar 210,000 wanita dijadikan hamba seks dan majoritinya daripada Korea, China, Taiwan dan kawasan Asia lain termasuk Jepun sendiri dari 1938 hingga 1945.
Sebab apa wujudnya “Comfort Women” ni?
Dikatakan diorang dijadikan perangsang moral tentera dan kononnya kurangkan gangguan seksual tentera terhadap penduduk tempatan. Dulu pelacur-pelacur Jepun tawarkan diri sukarela atas alasan demi negara. Masalah jadi bila kawasan jajahan semakin besar, wania-wanita penenang ni tak ramai untuk tampung nafsu tentera-tentera Jepun.
Wanita-wanita ditipu dengan iklan pekerjaan palsu dan diculik. Diorang ingat dapat jadi nurse atau kerja kilang, tapi langsung tak. Tersebarlah iklan ni sekitar Jepun, China, Korea dan Taiwan. Pihak Jepun pun menculik wanita-wanita tempatan semata-mata untuk jadi pelacur. Kementerian Luar Jepun hentikan pengeluaran visa kepada pelacur-pelacur atas alasan memburukkan nama empayar. Makin ramailah wanita tempatan yang diculik. Kebanyakan mereka mereka merupakan wanita bawah umur.
Bila perang tamat, dokumen pasal wanita-wanita penghibur ni dimusnahkan oleh Jepun. Wanita-wanita ni hidup dengan trauma dan isu ini tidak selesai sampai sekarang. Diorang dibuang daripada masyarakat. Ramai yang mati sebab penyakit daripada jangkitan seksual atau komplikasi daripada seksaan tentera Jepun serta membunuh diri.
Berpuluh tahun lepas perang, sejarah tentang “comfort women” ni seperti disembunyikan, tak didokumentasikan dan sentiasa dinafikan oleh Jepun.
Bermula 1980, Korea Selatan antara negara yang lantang menyuarakan hal ni. Dan pada Ogos 1991, Kim Hak Soon menjadi wanita penghibur pertama yang menyuarakan secara umum situasi beliau ketika menjadi “comfort women.” Beliau berdiam diri lebih dari 40 tahun dan dihantui rasa malu. Kemudian, semakin ramai wanita yang menyatakan keterlibatan mereka dan mahukan keadilan. Diorang tuntut Maharaja Akihito untuk mohon maaf. Tokyo masa tu degil taknak minta maaf dan suruh Korea tarik balik.
Pada 1993, Tribunal Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pelanggarkan Hak Asasi Wanita anggarkan masa tamat perang, 90% daripada “comfort women” ni dah meninggal dunia. Tahun yang sama, Jepun mengeluarkan “Kono Statement” yang mengesahkan dan mengakui mereka terlibat dengan jenayah “comfort women.” setelah banyak pengakuan dibuat oleh bekas wanita-wanita penghibur ni.
Oleh: Azizul Farhan
PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah! Nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply