Selepas kejayaan filem Mat Kilau, ramai yang nak banyak lagi filem perjuangan melawan penjajah diperbanyakkan.
Di Melaka dan Negeri Sembilan, sebut saja nama Naning, pastinya ramai kenal Dol Said yang menjadi sebahagian daripada Perang Naning.
Naning dahulunya sebuah negeri Melayu yang merdeka. Semasa Kesultanan Melayu Melaka, diorang taat setia kepada Kesultanan Melaka sebagai penaung Naning. Ini tetap diteruskan semasa era Kesultanan Johor-Riau.
Bagaimanapun, Naning terpaksa jadikan Belanda sebagai penaung selepas Sultan Johor, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bersetuju pindahkan hak naungan pada 1757.
Tapi perjanjian tersebut tak pernah dikuatkuasakan Belanda.
Selepas British ambil alih Melaka dari Belanda, Perjanjian British-Belanda dikuatkuasakan 1824.
British sebenarnya faham je yang Naning ni bukan wilayah Melaka ikutkan pada perjanjian terdahulu.
Tapi kononnya sentimen ini ‘beban orang putih’ yang menyifatkan orang tempatan sebagai tidak bertamadun dan patut dibantu agar bertamadun sama seperti orang Eropah.
Situasi di Naning bertambah buruk selepas kedua-dua pihak tak setuju berkenaan jumlah cukai yang patut dibayar wilayah itu kepada British.
Naning ingat 400 gantang beras dah cukup. Tetapi British letak kadar cukai yang lagi tinggi.
Memang Dol Said bantah la sebab kenaikan kadar cukai ni melampau. Baginya, tindakan British dilihat mencabar kedudukannya sebagai pemimpin Naning.
British memang betul-betul cabar Dol Said. Apa yang dibuat, semua salah dimata British. Dol Said jadi hakim dan jatuhkan hukuman mati pun jadi masalah bagi British.
Sepanjang lipatan sejarah orang Melayu, kuasa-kuasa Eropah sentiasa memandang rendah keupayaan pejuang-pejuang Melayu.
Dan dalam banyak kes, ia banyak kali merugikan mereka seperti kes Raja Haji (Belanda), Laksamana Tun Abdul Jamil (Portugal) dan Dato Bahaman (British). Ini turut terpakai dalam kes Dol Said dan Naning.
Dua batalion sepoi British yang diketuai William Lewis berjaya dihalau keluar dari Naning pada Ogos 1831. Lewis terpaksa berundur ke Melaka bersama saki-baki tentera yang terselamat.
Naning dapat bantuan penghulu-penghulu di sebelah Muar, Johor yang kirim tentera untuk tolong Dol Said.
Orang Melayu marah melihat keadaan Sultan Kedah yang berlindung di Melaka selepas melarikan diri daripada serangan Siam. Diorang tahu perkara ni takkan berlaku kalau British pegang janji bantu Kedah semasa dapatkan Pulau Pinang.
Tentera Melayu yang direkrut British untuk menentang Naning enggan menentang bangsa sendiri walaupun selepas menerima bayaran daripada penjajah.
Ada yang meninggalkan pasukan ekspedisi senyap-senyap atau jadi pemberi maklumat kepada Naning.
Dalam masa yang sama, British cuba melobi dalam perebutan jawatan Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan.
15 Jun 1832, British berjaya sampai di Taboh Naning tetapi kelibat Dol Said tak kelihatan. Satu waran tangkap dikeluarkan bersama ganjaran penangkapan sebanyak 2,000 dolar Sepanyol.
Takde langsung orang Melayu yang nak tolong British. Diorang lagi banyak bantu Dol Said daripada British.
Selepas dua tahun bersembunyi, Dol Said akhirnya serah diri selepas pihak British setuju beri pengampunan.
Tindakan ni dibuat bagi menjamin sokongan orang Melayu memandangkan pengaruh Dol Said masih lagi kuat ketika itu di Melaka dan Naning.
Sejak tu, beliau bantu orang ramai sebagai pengamal perubatan tradisional sehingga meninggal dunia pada Ogos 1849.
Menariknya, semasa negara nak capai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penghulu Naning cuba mohon kepada kerajaan British di London agar kedaulatan wilayah tersebut dipulangkan.
Bagaimanapun, permintaan tu tak dilayan dan Naning kekal menjadi sebahagian daripada Melaka sehingga hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam lagi ilmu berkenaan Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply