Kalau orang barat ada Romeo Juliet, orang arab pula ada Laila Majnun. Lagenda cinta agung ini mengisahkan Qays ibn al-Mulawwah yang tergila-gilakan Layla al-Aamiriya sampai dipanggil gila (majnun).

Tapi, korang pernah dengar Laila Majnun versi Jalaluddin Rumi?

Di majlis keramaian, Khalifah bertanya kepada Laila: “Adakah engkau yang membuatkan Majnun hilang tumpuan dan dibawa sesat? Engkau tidak mempunyai kelebihan berbanding perempuan jelita yang lain”. Laila menjawab: “Diamlah. Sebab kamu bukan Majnun”. (Mathnawi jilid 1: 407-408).

Laila Majnun adalah lagenda cinta yang meniti dari bibir ke bibir bangsa arab. Semasa abad ke-12, seorang penyair istana bernama Nizami Ganjavi telah mengarang secara lengkap kisah Laila Majnun dalam bentuk prosa dan dijadikan hadiah buat raja-raja.

Pada abad ke-13, seorang sufi besar iaitu Maulana Jalaluddin Rumi telah mencipta kisah Laila Majnun yang baru. Ia dimasukkan dalam divan Mathnawi yang terkenal. Dari segi latarbelakang watak, tiada perbezaan besar dengan versi Nizami Ganjavi. Namun, versi Jalaluddin Rumi menekankan cinta kepada Allah dalam penceritaannya.

Diceritakan dalam Mathnawi, Majnun pernah jatuh sakit. Jadi, tabib yang merawatnya mahu mebedah Majnun. Apa yang menghairankan, dia enggan dibedah. Orang ramai kehairanan kerana Majnun sudah biasa masuk hutan dan tubuh badannya sudah sering calar balar tertusuk duri. Apa yang nak ditakutkan dengan pisau bedah?

“Majnun, kenapa engkau tidak mahu dibedah?”

“Aku takut Laila terluka!”

“Laila di mana? Di sini tiada Laila.”

“Di sini Laila”, sambil menunjuk ke tubuhnya, “Diriku ini sudah menyatu dengan Laila. Kalau aku dilukakan, Laila juga akan ikut terluka.”

Rumi cerita pasal apa lagi?

Sekurang-kurangnya, ada 5 buah cerita Laila Majnun dalam Mathnawi yang ditulis Rumi iaitu kisah tentang Majnun Menepuk Anjing yang Tinggal di Kediaman Laila, Majnun Tidak Mahu Dibedah kerana telah Menyatu dengan Laila, Majnun dan Unta Betina, Majnun Mengibaratkan Laila Umpama Air dalam Gelas dan Majnun Ibarat Seruling Buluh.

Manar Muhammad, seorang calon Sarjana UKM telah menyiapkan sebuah tesis dan empat artikel akademik berkenaan Rumi. Bitara Journal telah menerbitkannya dengan tajuk Wali Allah dan Cinta kepada Tuhan dalam Kisah Laila Majnun Versi Jalaluddin al-Rumi (1207-1273M) dalam Mathnawi.

Bak kata Rumi: “Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta dalam menguraikan cinta. Akal terbaring tak berdaya, bagaikan keldai terbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/

Jumpa penulis kami di PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR pada 1-10 DISEMBER ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply