Jalaluddin Rumi memang popular di Hollywood sampaikan Brad Pitt cacah tatoo puisi Rumi dekat lengan. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa puisi-puisi Rumi banyak memetik ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Apa kaitan Mathnawi dengan al-Quran?

Reynold A. Nicholson menyifatkan Mathnawi iaitu himpunan puisi Rumi sebagai tafsiran kepada kitab suci al-Quran. Jalaluddin Rumi sudah diiktiraf sebagai ulama besar dengan gelaran al-Ghazali kedua di zamannya. Bak kata Rumi: “Aku adalah hamba kepada al-Quran sepanjang hayatku. Akulah debu di bawah telapak kaki Nabi Muhammad, utusan Allah.”

Ada kisah Nabi Uzair dalam Mathnawi.

“Oh Uzair, lihatlah keldaimu yang busuk dan reput di sebelahmu (Mathnawi jilid 3: 1761). Tafsiran ulama dengan kisah yang sama boleh dibaca pada Surah al-Baqarah ayat ke-259.

Pada suatu hari, Nabi Uzair tertanya-tanya, bagaimanakah Allah menghidupkan makhluk setelah mematikannya. Tiba-tiba, baginda merasa sangat mengantuk dan tertidur. Selepas baginda terjaga, alangkah terkejutnya bila mendapati keldainya sudah reput, sedangkan makanan yang dibawanya masih elok. Tambah menakjubkan bila mengetahui baginda sudah tertidur selama 100 tahun. Begitulah kuasa Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan.

Ada kisah Nabi Khidr dalam Mathnawi.

“Maka Khidr merosakkan sampan itu agar ia boleh diselamatkan daripada raja yang merampasnya secara paksa (Mathnawi 5: 714). Tafsiran ulama dengan kisah yang sama boleh dibaca pada Surah al-Kahfi ayat ke-79.

Pada suatu hari, Nabi Musa mengikuti Nabi Khidr ke pesisiran pantai. Tiba-tiba, Nabi Khidr membocorkan sampan milik seorang nelayan yang miskin. Nabi Musa kehairanan. Di akhir perjalanan, Nabi Khidr menjelaskan bahawa ada seorang raja yang akan merampas sampan-sampan kepunyaan nelayan di pantai. Raja itu tidak akan mengambil sampan milik nelayan miskin kerana telah dibocorkan.

Ada hadis-hadis Nabi dalam Mathnawi.

“Atas keperluan, orang kafir mengambil makanannya dalam tujuh perut” (Mathnawi jilid 5: 63). Hadis Rasulullah SAW dengan makna serupa: “Seorang mukmin makan dengan satu perut, manakala seorang kafir makan dengan tujuh perut (Sahih Bukhari).

“Syurga dirangkumi dengan benda-benda yang tidak disukai” (Mathnawi jilid 5: 154). Hadis Rasulullah SAW dengan makna serupa: “Syurga dikelilingi dengan segala yang tidak disenangi hawa nafsu dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu.” (Sahih Muslim)

Bagaimana puisi Rumi diselewengkan?

Untuk menjawab pertanyaan ini, kita kena membuka terjemahan puisi-puisi Rumi yang sahih. Kalau sekadar bergantung kepada versi terjemahan Coleman Barks dan Deepak Chopra, memang senang lari makna kerana mereka telah membuang banyak nilai agama yang disisipkan Rumi.

Akhirnya, ramai orang menyangka Rumi membawa fahaman pluralisme agama atau New Age. Sedangkan, Rumi kuat berpegang kepada al-Quran dan Sunnah.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membentangkan fakta ini semasa prosiding SIWAT ke-5 tahun 2023. Kajian tersebut bertajuk: Ayat Al-Quran Dan Hadis Nabi Dalam Mathnawi Karangan Jalaluddin Rumi.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Nantikan RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA tulisan Zaki Sapuan Al-Hafiz yang akan terbit 25 NOVEMBER ini! Boleh baca bab PERCUMA dengan klik: https://thepatriots.store/rumi/

Jumpa penulis kami di PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR pada 1-10 DISEMBER ini!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply