Peminat-peminat rock kapak mesti kenal kumpulan Bloodshed. Tapi kali ini kita bukan nak bercakap tentang Srikandi Cintaku. Sebab kita mahu membedah lagu Samarkand yang dibikin berdasarkan peristiwa Mongol menakluk Samarkand.

“Di antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran”

Semasa Mongol mahu menyerang Samarkand, kira-kira 100k tentera Empayar Khawarizmi bersama-sama Shah Mohammad telah bersedia di dalam kota. Ditambah lagi dengan tembok kota yang agak tinggi dan tebal.

Bermakna agak mustahil untuk Mongol menang. Sama macam lirik dalam baris ketiga iaitu “bersemadi langkah perjuangan”.

“Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria”

Tindakan Shah Muhammad membunuh utusan Mongol menyebabkan Genghis Khan melancarkan perang terhadap Empayar Khawarizmi. Bermula di Otrar, Mongol meneruskan penaklukan ke Bukhara. Kemuncaknya, Samarkand yang merupakan ibu kota Empayar Khawarizmi turut menjadi mangsa kerakusan Mongol.

“Walau getir ditempuh jua
Di laluan sutera
Mengalir ketenangan”

Pada mulanya Genghis Khan anggap deme mampu tundukkan Samarkand dengan mudah. Sebab bandar lain seperti Otrar, Amu Darya dan Bukhara terlalu senang untuk ditakluk.

Setelah lama mengepung Samarkand, kota itu masih lagi tidak mahu menyerah kalah. Melihat kepada kedegilan kota itu, Genghis Khan telah memanggil dua anaknya iaitu Chagatai dan Ögedei untuk menyerang Samarkand.

Tanpa disangka-sangka, pasukan pertahanan Samarkand buat kejutan dengan menyerang kembali tentera Mongol. Genghis Khan tahu deme tak akan mampu menakluk Samarkand selagi mana askar Empayar Khawarizmi terus menyerang di sebalik tembok.

“Titis darah, mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya”

Genghis Khan berundur bagi memaksa askar Empayar Khawarizmi keluar daripada tembok kota. Cara itu berjaya apabila askar Empayar Khawarizmi mula mengejar tentera Mongol. Tunggu apa lagi, Mongol yang dilengkapi dengan tentera bergajah dan kuda terus menyerang askar Empayar Khawarizmi di luar Samarkand.

Hal ini membuatkan huru-hara berlaku dalam kota Samarkand. Sebab pemimpin dan rakyat Samarkand mula meragui kemampuan Shah Mohammad mengetuai askar Empayar Khawarizmi melawan Mongol.

Keraguan itu membuatkan Shah Mohammad dihalau daripada Samarkand. Baginda terus membawa hampir kesemua askar keluar dari sana. Sekarang, Samarkand hanya bergantung kepada tembok yang pada bila-bila masa sahaja akan runtuh dilanggar Mongol.

Bimbang akan keselamatan semua orang di Samarkand, pemimpin tempatan telah buka pintu kota sebagai isyarat menyerah kalah. Sayangnya, Genghis Khan dan tentera Mongol mengamuk sakan dengan membunuh ramai orang dekat Samarkand.

Malah Genghis Khan siap cakap lagi, akulah bala Tuhan. Kalau kau tidak melakukan dosa, masakan Tuhan akan menghantar bala seperti aku kepada kau!

“Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu
Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan di jiwa”

Serangan Mongol terhadap Empayar Khawarizmi diperhatikan oleh seluruh kerajaan yang berada di barat. Sebab jika Khawarizmi gagal menahan amukan Mongol, kerajaan lain akan jadi mangsa yang seterusnya.

Khawarizmi dapat bertahan dengan baik di Samarkand. Tapi konflik dalaman akhirnya membuatkan Samarkand jatuh dan keseluruhan Empayar Khawarizmi berjaya ditakluk.

Bermula dari situ Mongol meneruskan amukannya ke Abbasiyah, Georgia, Volga Bulgaria dan Kievan Rus. Dengar je nama Mongol, terus semua menggigil ketakutan.

Kalau nak tahu lebih banyak tentang penaklukan Samarkand oleh Mongol, baca je KITAB TAMADUN MONGOL. Cepat beli dekat https://bit.ly/3KhafNU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply