Perang Salib merupakan peperangan paling dramatik dalam sejarah pertembungan Kristian dengan Islam. Meskipun sengit berlawan, korang tau tak ada tentera salib yang terbuka hati dan masuk Islam.

Robert of St. Albans adalah anggota Templar Inggeris yang pergi ke Baitulmaqdis dengan tujuan untuk menewaskan kerajaan Islam. Semangatnya membara nak menghancurkan agama Nabi Muhammad.

Akan tetapi, lain jadinya bila dia kenal penduduk muslim. Kebencian yang membakar dalam dadanya mula menyejuk dan mendamai. Robert baru kenal tentang budaya, nilai dan akhlak islam yang tinggi. Hati kecilnya tidak boleh ditipu. Dia sudah terbuka hati untuk menerima agama suci ini.

Tanpa melengahkan masa, Robert of St. Albans nekad mengambil keputusan masuk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah, mengakui “Tiada Tuhan kecuali Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.

Tindakan lelaki Inggeris mengejutkan ramai tentera salib. Kesatria Templar ikut terperanjat. Apa yang lebih tidak disangka, Robert masih terlibat dalam perang salib. Namun bukan sebagai tentera salib tetapi sebagai pejuang Islam di pihak Salahuddin al-Ayubi.

Dia terlibat bersama mujahiddin lain di dalam pertempuran Ḥaṭṭīn pada 1187. Berkat kegigihannya, dia bersama-sama dengan pasukan muslimin lain berjaya menawan Baitulmaqdis daripada angkatan tentera salib.

Salahuddin al-Ayubi mengiktiraf jasa dan keberanian Robert of St. Albans. Lelaki bertuah ini dipersilakan mengahwini sepupu kepada Sultan. Bagaimanapun, takdir Allah mendahului. Dia meninggal dunia tak lama setelah kemenangan Islam di Baitulmaqdis.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply