Kebiasaannya, labah-labah suka memburu secara bersendirian. Tetapi daripada 50,000 jenis labah-labah yang wujud di dunia, 20 daripadanya hidup secara berkoloni. Bagi labah-labah Anelosimus eximius, melihatnya memburu secara berkumpulan merupakan sesuatu yang mengejutkan bagi pengkaji haiwan.

Labah-labah ini hidup dalam koloni dengan setiap koloni mampu menempatkan lebih seribu labah-labah anelosimus. Setiap sarang yang dihasilkan boleh mencecah beberapa meter panjang. Dan bila mangsa terperangkap dalam sarang, labah-labah ini akan mengatur gerak-geri masing-masing sebelum menyerang dan menghurungi mangsa.

Cara labah-labah anelosimus memburu secara berkumpulan ini menimbulkan misteri dalam kalangan komuniti saintifik. Tetapi satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Science pada 7 Mac lepas mendapati koordinasi serangan dibuat melalui getaran pada jaringan sarang mereka.

Penyelidik Raphael Jeanson dari Pusat Penyelidikan Kognisi Haiwan, Universiti Toulouse menambah koordinasi serangan ini menyaksikan tiada satu labah-labah berperanan sebagai ketua. Sebaliknya, seluruh koloni mengatur serangan dengan setiap labah-labah anelosimus menerima maklumat yang sama.

Apabila koloni anelosimus menyerang mangsa yang bergelut, terdapat dua fasa serangan. Fasa tersebut ialah pertama, menghampiri mangsa yang masih bergelut dan kedua, menunggu. Pendekatan kedua ini membenarkan labah-labah anelosimus mengawal pergerakan mereka bagi membolehkan serangan dilancarkan secara serentak.

Dengan berpandukan data pemerhatian lapangan dan simulasi komputer, serangan diatur melalui getaran pada sarang labah-labah. Apabila mangsa jatuh dalam perangkap, ia mencetuskan pergerakan mereka. Tetapi selepas beberapa ketika, koloni akan berhenti sebentar sebelum kembali bergerak.

Ada sebab labah-labah anelosimus berhenti bergerak seketika sebelum bergerak semula. Apabila terlalu banyak labah-labah bergerak pada satu-satu masa, agak sukar bagi mereka mendengar getaran yang dihasilkan haiwan yang terperangkap dalam sarang. Jeanson menyamakan situasi ini seperti berada dalam bilik di mana ramai orang berbual.

Dengan berhenti sebentar, koloni anelosimus mendengar sama ada wujud getaran daripada mangsa yang terperangkap. Ini membantu mereka memastikan bergerak pada arah yang sama. Semakin perlahan getaran, semakin sukar untuk mereka mengatur pergerakan.

RUJUKAN

Duke, C. (2022, 7 Mac). Spiders hunt in packs of hundreds to swarm prey. Live Science.

Sumber gambar: Press Association.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply