Kebiasaannya, bagi mendapatkan kesetiaan dalam sesebuah organisasi/kumpulan, ia diraih dengan cara tindakan baik/keperwiraan, insentif atau ugutan. Tetapi bagi orang Wari/Huari, cara mereka mengekalkan kesetiaan ialah dengan memberi sejenis halusinogen yang dikenali sebagai vilca.

Ini berdasarkan penemuan 16 biji vilca dan sisa sejenis minuman yang diperbuat daripada buah yang ditapai iaitu chicha de molle. Kesemua artifak ini ditemui di Quilcapampa, sebuah tapak arkeologi di selatan Peru.

Cawan chincha de molle yang ditemui di Quilcapampa. Sumber: Luis Manuel Gonzalez La Rosa.

Penduduk yang tinggal di Quilcapampa ialah orang Wari/Huari dengan kebudayaan mereka berkembang antara 500 hingga 1000 Masihi. Disebabkan mereka tidak menggunakan sistem bertulis, tiada rekod bertulis yang menerangkan perihal mereka wujud. Walaupun vilca digambarkan dalam bentuk imej di tapak-tapak Wari, ini merupakan kali pertama biji vilca ditemui oleh pengkaji arkeologi.

Vilca ialah sejenis bahan psikoaktif yang boleh mengakibatkan penggunanya mengalami halusinasi. Bila ia dicampur dengan chicha de molle, kesannya jauh lebih kuat berbanding mengambil vilca sahaja. Halusinasi yang dialami akan membolehkan mereka merasai pengalaman spiritual.

Penulis kajian merangkap kurator Arkeologi Dunia Baru, Muzium Diraja Ontario, Justin Jennings menambah vilca juga turut digambarkan sebagai cara orang Wari/Huari hampir dengan dewa-dewi mereka.

Begitupun, mendapatkan vilca dan membawanya ke Quilcapampa bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana vilca hanya boleh didapati sama ada di kawasan hutan tropika atau di sebelah timur Pergunungan Andes. Satu-satunya cara ia boleh dibawa ke Quilcapampa ialah menerusi aktiviti perdagangan jarak jauh.

Para pemimpin Wari mempunyai akses terhadap vilca dan menggunakan kelebihan tersebut untuk meraih kepercayaan dan kesetiaan penduduk tempatan. Caranya ialah dengan mengadakan jamuan besar-besaran dengan penduduk diberi vilca dan chicha de molle. Menurut Matthew Biwer dari Kolej Dickinson, Pennsylvania, cara ini menyebabkan penduduk tempatan merasa terhutang budi kepada tuan rumah jamuan mereka.

Ketika ini, pasukan pengkaji sedang menganalisis isotop pada vilca yang ditemui. Ini bagi membolehkan mereka menentukan lokasi sebenar vilca sekaligus menentukan laluan perdagangan yang membawa ke Quilcapampa.

RUJUKAN

Jarus, O. (2022, 9 Februari). Wari leaders used hallucinogen to keep followers loyal 1,200 years ago, archaeologists say. Live Science.

Sumber gambar: Lisa Milosavljevic


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply