Kita kenal zombie adalah manusia yang telah dijangkiti oleh virus atau bakteria yang mampu mengawal otak dan mengambil alih tubuh, kemudian menyebarkan komuniti sendiri dengan mengigit mangsa yang juga manusia.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun begitu, kewujudan zombie hanyalah rekaan semata-mata dalam dunia cerita fiksyen. Zombie adalah watak gerun yang sentiasa hadir dalam novel, drama, dan filem bergenre seram dan apokalips. Mustahil jika zombie wujud di dunia nyata yang tidak pernah ada kes melibatkan pesakit terjangkit menjadi mayat hidup gara-gara bakeria atau virus yang mengawal otak.

Tetapi terdapat sejenis kulat yang peranannya seperti bakteria atau virus yang mengawal otak manusia dalam cerita fiksyen. Nama kulat itu ialah Ophiocordyceps unilateralis.

Zombie dalam permainan video The Last Of Us II yang berinspirasikan dari kulat ini.

Kulat Ophiocordyceps unilateralis adalah kulat parasit kepada serangga yang ditemui oleh ahli alam sekitar British bernama Alfred Russel Wallace pada 1859. Kulat parasit yang menetap di hutan hujan tropika ini mampu menjangkiti semut pekerja, kemudian benihnya menembusi kepala semut dan mengawal tindak tanduknya.

Setelah berjaya benih kulat ini tembus ke dalam badan semut, semut yang terjangkit ini akan keluar dari sarang dan mencari kawasan lembab yang sesuai untuk kulat ini tumbesaran. Semut pergi ke kawasan tinggi atau pokok dengan ketinggian 25 sentimeter dari tanah, membenamkan rahangnyake dalam saraf daun dan hanya tunggu masa untuk mati.

Manakala kulat parasit ini pula, ia akan memakan isi dalaman semut sehingga mencapai fasa kritikal iaitu sehingga semut mati. Beberapa hari selepas kematian semut, kulat itu akan keluarkan buah yang bercambah dari badan semut. Buah inilah menjadi perangkap untuk mencari perumah lain melalui penyebaran benih menggunakan angin.

Kitaran kulat Ophiocordyceps unilateralis menjangkiti semut.

Menurut Charissa de Bekker, professor yang mengkaji hubungan parasit-perumah dari University of Central Florida, biasanya semut yang bersosial dengan koloninya mempunyai ‘imuniti sosial’ yang bermaksud komuniti semut boleh menghalau semut yang disyaki terjangkit.

Namun, adalah kes kulat ini, semut tidak berupaya mengesan individu mana satu telah dijangkit kerana semut tidak berupaya mengesan kulat ini.
Tambah Bekker, kulat ini tidaklah seratus peratus menjadikan seluruh koloni semut bermubah menjadi zombie. Ini tentang keseimbangan ekosistem yang dunia telah aturkan. Kehadiran kulat ini berupaya sebagai pengimbang bagi memastika populasi semut terkawal.

Jika pembaca percaya bahawa kulat Ophiocordyceps unilateralis menggunakan otak untuk mengambil alih tubuh mangsa, jawapannya adalah salah.

Para pengkaji dari Pennsylvania State University mengkaji ke atas koloni kulat pada tubuh semut menggunakan mikroskop fluorescent. Keputusannya, tidak ada sebarang sel kulat dalam otak semut. Malah, mereka temui pergerakan kulat yang merentasi otot-otot semut membentuk seperti bebenang yang mengelilinginya.

Pengkaji percaya bahawa kulat mengawal minda semut dengan menceroboh sistem saraf dan mengawal sel-sel yang berhubung terus kepada otot. Terdapat lebih 200 spesis kulat Ophiocordyceps yang menjangkiti semut dan serangga lain, termasuk juga labah-labah.

Contoh kulat zombie seterusnya ialah spesis Ophiocordyceps sinensis, kulat yang menjangkiti ulat bulu dari spesis kupu-kupu bernama Ghost Moth. Kulat akan tumbuh dari badan ulat seperti tanduk unikorn. Walau bagaimanapun, ulat bulu yang terjangkit ini menjadi ubat kepada warga tradisional Tibet dan China untuk merawat kanser dan penguat tenaga batin.

Kulat Ophiocordyceps sinensis yang keluar dari ulat bulu. Kulat ini dikormesialkan menjadi ubat tradisional China.

Satu lagi spesis kulat zombie ialah spesis Entomophthora muscae yang bermaksud ‘pemusnah lalat’. Kulat ini menjangkiti lalat dan mengawal minda lalat untuk terbang tinggi dan melekatkan diri pada daun dan batang pokokm, kemudian menunggu masa menjadi ‘lauk’ kepada kulat ini menghancurkan tubuhnya. Kulat ini sebenarnya baik untuk mengawal populasi lalat yang mampu membawa penyakit berbahaya kepada haiwan lain terutamanya manusia.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Inilah realiti kulat yang mampu mengawal otak serangga dan menjadikan mereka sebagai zombie, tunggu masa untuk menjadi sumber makanan kepada koloni kulat. Kulat inilah yang merealisasikan mimpi ngeri serangga namun banyak manfaat untuk ekosistem alam.

RUJUKAN:

Lu, Jennifer. (18 April 2019). How a parasitic fungus turns ants into ‘zombies’. National Geographic.\

Mongkolsamrit S, Kobmoo N, Tasanathai K, Khonsanit A, Noisripoom W, Srikitikulchai P, et al. (November 2012). “Life cycle, host range and temporal variation of Ophiocordyceps unilateralis/Hirsutella formicarum on Formicine ants”. Journal of Invertebrate Pathology. 111 (3): 217–24.

Halpern, Miller (2002). Medicinal Mushrooms. New York, New York: M. Evans and Company, Inc. pp. 64–65.
Brobyn, P.J.; Wilding, N. (1983). “Invasive and developmental process of Entomophthora muscae infecting house flies, Musca domestica”. Transactions of the British Mycological Society. 80 (1): 1–8


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.