Beberapa hari ini kita dibanjiri dengan satu kempen kemasyarakatan yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia sendiri, bertujuan bagi memastikan tiada sesiapa yang akan kelaparan di sepanjang menghadapi kri.sis Covid yang mengakibatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama berbulan lamanya.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ini menyebabkan ramai rakyat tidak dapat melakukan pekerjaan dan hilang sumber pendapatan, bantuan dari kerajaan tidak akan mampu menampung keperluan rakyat sehingga akhir tahun ini. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh rakyat yang sedang memerlukan bantuan adalah dengan memasang bendera putih di luar rumah mereka.

Salah satu poster kempen

Rakyat Malaysia melancarkan gerakan dengan tagar #benderaputih di media sosial, ia bertujuan untuk mendesak mereka yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan memerlukan makanan dan barang keperluan agar mengibarkan bendera putih di luar kediaman mereka. Ini berikutan peningkatan kes bu.nuh diri di kalangan rakyat yang amat membimbangkan.

Gerakan ini mungkin menerima inspirasi dari gerakan yang sama telah dilakukan oleh orang awam di El Salvador dan Guetamala kira-kira pada tahun yang lalu, mereka juga melakukannya kerana kekangan pergerakan yang menutup sumber pendapatan mereka.

Rakyat Guetamala yang terjejas dalam perintah berkurung tahun lalu

Namun gerakan ini mendapat beberapa tentangan dari ahli-ahli politik, terutamanya dari pihak kerajaan. Ada juga yang cuba menunggang isu ini dengan mengambil kredit dari usaha rakyat yang sudah mula bosan dengan karenah birokrasi kerajaan. Oleh itu eloklah kiranya kita ketahui serba sedikit sejarah penggunaan kain putih yang dianggap tidak sesuai oleh seorang ahli politik kerana menurut beliau, ia adalah tanda kekalahan. Tetapi sebenarnya bendera putih punyai beberapa tujuan lain dalam sejarah.

Sebagai ahli politik Islam haruslah mengambil kira juga tentang sejarah Kekhalifahan Umayyah yang menggunakan bendera kosong berwarna putih sebagai panji-panji empayar khalifah mereka, bahkan tujuannya adalah sebagai simbolik yang memperingati warna yang sinonim dengan Nabi Muhammad S.A.W di dalam Pe.ra.ng Badar. Adakah ahli politik tersebut memiliki pandangan ‘lambang kekalahan’ yang serupa terhadap Bani Umayyah?

Walau bagaimanapum tidak dinafikan, bendera putih, kain buruk, panji-panji, atau bahkan tuala pernah saja digunakan sebagai tanda menyerah atau gencatan sen.ja.ta bermula sejak zaman paling kuno di China, asalkan, ianya berwarna putih. Kemudian tradisi itu merebak ke seluruh dunia. Namun ia juga digunakan untuk variasi tujuan lain.

Tentera telah menggunakan bendera putih untuk menandakan penyerahan kalah selama ribuan tahun lamanya. Penyusun sejarah Rom kuno Livy menggambarkan sebuah kapal Carthage yang dihiasi dengan “kapas putih dan ranting zaitun” sebagai simbol parley (rundingan) semasa Pe.ran.g Punic Kedua, dan Tacitus kemudian menulis tentang bendera putih yang dipamerkan sebagai sebahagian dari unsur-unsur penyerahan pasukan Vitellia pada tahun 69 M dalam Pertem.puran Cremona Kedua.

Pegawai tentera Uthmaniyah mengibarkan bendera putih semasa menyerah kalah dalan Pertem.pu.ran di Baitulmaqdis semasa Pe.rang Dunia Pertama

Sebilangan besar sejarawan percaya panji-panji kosong berwarna putih sering digunakan kerana ia mudah untuk dilihat da  dibezakan dalam situasi perte.mp.uran yang memuncak. Oleh kerana kain putih sangat lazim di dunia kuno, mungkin juga pasukan tentera telah memanfaatkan bahan yang ada di tangan mereka itu.

Bendera putih kemudiannya menjadi popular dalam pepe.rangan di barat, tetapi bukti menunjukkan bahawa ia juga muncul tanpa dipengaruhi oleh budaya asing di China semasa era Dinasti Han Timur pada tiga abad pertama Masihi (zaman Tiga Negara). Mungkin Dinasti Han adalah yang paling awal menggunakannya.

Dalam sejarah Empayar Rom, sejarawan Cornelius Tacitus pernah menyebut tentang bendera putih digunakan untuk menyerah kalah pada tahun 109 M. Sebelum itu, tentera Rom akan menyerah kalah dengan mengangkat perisai yang dibaluti kain putih di atas kepala mereka.

Warna putih sememangnya telah lama dikaitkan dengan perkara mengenai kema.tian dan menjadi simbol berkabung dalam tradisi masyarakat China, ini memungkinkan para pejuang mereka mengibarkan bendera putih ketika menyerah kalah bagi menunjukkan rasa kesedihan mereka dalam kekalahan.

Bendera putih digunakan secara meluas pada Zaman Pertengahan di Eropah Barat untuk menunjukkan hasrat mahu menyerah. Warna putih juga sering digunakan secara umum untuk menunjukkan seseorang mahu dikecualikan dari perte.mpuran.

Penyerahan kalah tentera Jepun semasa Pe.ran.g Dunia Kedua

Antaranya adalah utusan semasa pera.ng yang tidak boleh diapa-apakan, jadi mereka membawa membawa tongkat putih, tahanan atau tebusan yang ditawan dalam pertem.pu.ran akan dilampirkan sekeping kertas putih pada topi atau helmet mereka, pasukan tentera yang telah menyerah akan diberikan tongkat putih jika mereka dilepaskan supaya mereka dijamin perjalanan yang selamat.

Dalam sejarah yang lebih terkini, bendera putih telah menjadi simbol yang diakui secara antarabangsa, bukan hanya untuk menyerah kalah, tetapi juga sebagai menyampaikan hasrat untuk memulakan rundingan dan gencatan sen.ja.ta di tengah medan per.an.g. Para utusan per.ang semasa abad pertengahan membawa tongkat berlilit kain putih dan panji-panji standard untuk membezakan diri mereka dari tentera.

Tentera semasa Pe.ran.g Saudara Amerika mengibarkan bendera gencatan sen.ja.ta berwarna putih bertujuan untuk menghentikan pertem.puran buat sementara waktu bagi petugas perubatan mengumpulkan mereka yang tercede.ra. Manakala, jika bendera putih dikibarkan dengan kuat, ia bermaksud pihak si pengibar mencadangkan agar kedua belah pihak mengadakan parley atau rundingan.

Penggunaannya mungkin telah meluas di seluruh benua, misalnya, penyusun sejarah Portugis, Gaspar Correia (yang menulis pada tahun 1550-an), mendakwa bahawa pada tahun 1502, seorang putera India, Zamorin dari Calicut, menghantar perunding yang membawa kain putih yang dililit pada sebatang tongkat sebagai tanda kehadirannya adalah secara aman kepada mus.uhnya, Vasco da Gama.

Berbagai makna bendera ini dengan varian tertentu kemudian ditetapkan dalam Konvensyen Den Haag dan Geneva pada abad ke-19 dan ke-20. Perjanjian yang sama juga melarang tentera menggunakan bendera putih untuk memalsukan penyerahan kalah mereka bagi menyera.n.g pasukan tentera m.usuh.

Penyerahan kalah tentera Jepun semasa Pe.ran.g Dunia Kedua

Pada tahun 1625, Hugo Grotius dalam De jure belli ac pacis (Tentang Undang-undang Pera.ng dan Perdamaian), salah satu teks yang menjadi asas undang-undang antarabangsa, mengiktiraf bendera putih sebagai tanda yang penggunaannya telah memberikan tanda yang membawa maksud tanda “menuntut rundingan tanpa perlu mengeluarkan suara, dan ianya wajib, seolah-olah dinyatakan dengan kata-kata.”

Bendera putih pada dasarnya adalah tanda suatu pihak atau individu yang membawanya dilindungi secara aman, atau tanda gencatan sen.ja.ta yang diiktiraf secara antarabangsa, dan permintaan mengadakan rundingan. Ia juga sering digunakan untuk menyatakan hasrat penyerahan diri, kerana pada dasarnya, pihak yang lemah atau menyedari kemenangan tidak memihak mereka adalah pihak yang akan meminta rundingan. Ia juga dikibarkan di atas kapal yang berfungsi sebagai kapal kartel.

Bendera putih menunjukkan kepada semua bahawa pihak pemohon rundingan yang akan menghampiri mu.suh adalah tidak bersen.ja.ta, hanya dengan niat untuk menyerah atau keinginan untuk berkomunikasi secara aman. Orang yang membawa atau mengibarkan bendera putih tidak boleh diapa-apakan, dan pembawanya juga tidak dibenarkan melepaskan tem.bakan.

Poster propaganda Jepun menunjukkan tentera Rusia menyerah kalah setelah mendengar tiupan trumpet tentera Jepun.

Penggunaan bendera untuk memohon rundingan dimasukkan di dalam Konvensyen Den Haag tahun 1899 dan 1907 Bab III Perkara 32, 33 dan 33. Seorang individu dianggap sebagai anggota parlementaire akan diberi kuasa oleh salah seorang ketuanya untuk berkomunikasi dengan yang pihak musuh, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mentakrifkannya sebagai ejen yang ditugaskan oleh seorang komander pasukan tentera yang bertem.pur di lapangan untuk pergi secara peribadi ke barisan hadapan musu.h bagi tujuan berkomunikasi atau berunding secara terbuka dan terus dengan komander musuh.

Mereka yang ditugaskan ini akan membawa bendera putih. Seorang parlementaire mempunyai hak untuk tidak diganggu, bersama-sama peniup trumpet / selumpret, pemain gendang, pembawa panji, dan jurubahasa yang mungkin menemaninya.

Ketua pihak yang dikirimkan bendera rundingan tidak diwajibkan menerimanya dalam apa jua keadaan. Dia boleh mengambil segala langkah yang diperlukan bertujuan untuk mencegah si utusan memanfaatkan misinya bagi mendapatkan maklumat. Sekiranya berlaku penyalahgunaan (rundingan), dia berhak menahan utusan itu untuk sementara waktu. Utusan akan kehilangan haknya yang tidak boleh diganggu jika terbukti tanpa keraguan bahawa dia telah memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk memprov.okasi atau melakukan perbuatan khian.at.

Penggunaan bendera secara tidak betul dilarang oleh undang-undang peran.g dan merupakan jenayah khianat dalam pe.rang. Terdapat banyak kes yang melaporkan kelakuan sebegitu rupa dalam kon.fl.ik, seperti tentera yang menggunakan bendera putih sebagai muslihat untuk mendekati dan menye.ran.g tentera musuh, atau pembu.nuhan terhadap tentera yang cuba menyerah kalah dengan membawa bendera putih.

Lain pula ceritanya pada tahun lepas apabila kerajaan Jerman didapati telah menggantikan bendera Taiwan dengan bendera kosong berwarna putih di bawah penyenaraian untuk negara itu di dalam laman web kementerian luar negeri, ini menimbulkan persoalan yang mendorong para warganet Taiwan bahawa adakah Jerman memaksudkan bendera putih itu sebagai tanda Taiwan menyerah kepada China.

Tangkap layar dari laman web kementerian

Laman web Pejabat Persekutuan Luar Negeri Jerman memadamkan bendera Taiwan dan menggantikannya dengan bendera berwarna putih. Dalam sidang media pada 10 Julai 2020, jurucakap dan wakil kementerian luar negeri mendakwa perubahan tersebut sesuai dengan “dasar satu China” di Jerman.

Jadi, pada dasarnya, penggunaan bendera putih di kalangan rakyat kita yang sedang menghadapi kri.sis Covid pada saat ini bukanlah suatu perkara yang bertentangan atau salah dari segi penggunaannya, kerana ia menandakan seseorang sedang memerlukan bantuan. Dalam sejarahnya yang telah dinyatakan di atas, bendera putih telah digunakan untuk pelbagai tujuan, dan bukan untuk menyerah kalah semata-mata.

Ia digunakan sebagai tanda rundingan, sebagai tanda memberikan laluan kepada bantuan kecemasan terhadap askar yang ce.de.ra, serta sebagai tanda berkabung dalam tradisi masyarakat Cina. Memandangkan rakyat Malaysia masih ada yang tercicir dalam menerima bantuan, maka inilah inisiatif terbaik yang mungkin mampu dilaksanakan oleh sesama rakyat sendiri.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mungkin rakyat sudah muak, sudah kecewa dengan kegagalan kerajaan menangani kri.sis ini namun setiap kali berlakunya peningkatan, hanya rakyat biasa sahaja yang akan dijadikan sasaran untuk menanggung kesalahan. Jika kerajaan tidak serius mahu membantu rakyat, biarlah rakyat membantu sesama sendiri sambil membuktikan bahawa mereka telah pun menuruti setiap perintah yang ditetapkan.

Berbeza, sangat berbeza konteks penggunaan bendera putih oleh rakyat Malaysia hari ini dengan bendera putih yang amat sinonim digunakan bagi mengejek-ejek negara Perancis kerana peranannya yang dianggap penakut dalam pe.ran.g semenjak bermulanya era moden.

RUJUKAN:

Koerner, Brendan I. (March 21, 2003). Why Do Surrendering Soldiers Wave White Flags?. Slate. The Slate Group. Graham Holdings Company.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.