Selepas Saint Peter menjalankan amanah yang ditinggalkan Nabi Isa (as), agama Kristian terus tersebar dengan meriah. Ajaran tauhid walau bagaimanapun bercanggahan dengan fitrah sosiopolitik Rom pada masa itu.

Empayar Rom memang tidak bersatu. Kalau bersatu, masakan ia perlu diperintah dua maharaja besar (Augustus) dan dua maharaja kecil (Caesar). Tetapi dalam menjaga bab pendewaan, mereka sangat tegas.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Rom menerima ilham pendewaan mitos daripada Yunani. Dewan Dewa-Dewi dulu dipanggil Olympian (penduduk Olympus), terdiri daripada Zeus, Hera, Poseidon dan ramai lagi. Semasa Rom, ia dipanggil Roman State Religion, terdiri daripada Jupiter, Juno dan Neptune.

Dan Rom sangat menjaga agama empayar mereka, melihat penularan tauhid sebagai satu bar.ah.

Ukiran semasa pendewaan Rom.

Asal ombak kuat saja, nelayan bising katanya kena bala Neptune (penjaga laut). Asal hujan terlalu lebat, petani bising katanya kena bala Jupiter (penjaga langit). Asal ada kandungan gµgµr saja, masyarakat bising katanya kena bala Juno (penjaga perkahwinan dan kandungan).

Apa punca bala ini? Penularan ajaran Kristian.

Sebab itulah ramai orang Kristian kena sa.lib, sampai Rom mahu menjatuhi hµkµman sama terhadap Nabi Isa (as). Punca kedua adalah, Nabi Isa (as) mula dilayan sebagai Raja Jerusalem (bagaikan menca.bar kuasa Rom).

Pihak Rom tidak dapat menyo.gok Nabi Isa (as) untuk terima cara mereka. Masalahnya, Nabi Isa (as) pun tidak mendapat sokongan kental dalam kalangan masyarakat Jerusalem… kerana pihak Sanhedrin tidak menerimanya sebagai (1) Pesuruh Tuhan (menurut Islam) atau 2) Anak Tuhan (menurut Kristian).

Sebagai tambahan, anggota-anggota ten.tera Rom tidak kenal pun wajah Nabi Isa (as). Islam mengatakan bahawa mereka tangkap seseorang yang menyerupai baginda (kerana mereka tidak kenal wajah sebenar).

Gambar Judas yang mengkhia.nati Nabi Isa as (demi beberapa kepingan syiling).

Dalam versi Kristian, ada satu peristiwa menarik kerana seorang hawari bernama Ioannes (John the Apostle) ada mengaku dirinya Ieosus untuk menyelamatkan Nabi Isa as (tidak pelik ada yang lain mengaku dirinya Isa as juga).

Inilah Teori Penggantian/Kembar (Substitution/Twin Theory) yang mengatakan Isa (as) tidak ma.ti… tetapi disembunyikan semasa hari-hari yang gila itu. Setelah selesai, Isa (as) yang sebenar pergi ke ‘ma.kam’nya (yang diterima sebagai Hari Kebangkitan (baginda hidup semula)).

Tidak pasti apa yang berlaku pada hari itu, sampai bangkit dua agama besar pasal kisah ini. Namun kisah ini boleh dijadikan sempadan akidah (Islam percaya pada Islam; Kristian percaya pada Kristian)… dan sempadan pemahaman bagaimana Rom benci tauhid. Selain sa.lib, mereka akan cuba sesuatu yang unik pada mata mereka.

Memperkenalkan Lembu Gangsa

Hadrian memenuhi cita-cita agungnya pada 11 Ogos 117. Baginda dimasyhurkan sebagai Caesar Hadrianus dan menguasai Empayar Rom sehingga 10 Julai 138 dengan ilham dan ideologi sendiri.

Kedua-dua perkara ini mendaulatkan pendewaan Rom. Baginda tidak kisah langsung jika perlu hµkµm orang Kristian. Mang.sa baginda adalah Saint Eustace sekeluarga. Atas kesalahan menyebarkan tauhid, Eustace dipang.gang hidup-hidup bersama anak isterinya (Werness, 2006).

Hµkµman pang.gang ini turut dijatuhi pada Saint Antipas dan Pelagia, kedua-duanya semasa pemerintahan maharaja lain.

Walaupun Gereja Katolik menafikan kisah Eustace, sejarah mengesahkan apa yang berlaku terhadap Antipas dan Pelagia (Mills, 2018). Kedua-dua Kristian ini dihumban dalam sebuah alat hµkµman gangsa yang menyerupai seekor lembu.

Mangsa disumbatkan ke dalam lembu.

Alat ini dicipta semasa Tamadun Yunani di Athens ingin menghµkµm seorang pemimpin jahat di Akragas iaitu Phalaris.

Lembu ini sengaja dibiar kosong di bahagian dalam. Dan di sinilah mereka akan humban pesa.lah seperti Phalaris, Eustace, Antipas dan Pelagia. Setelah dipaksa masuk, pintu akan dikunci. Kemudian ada orang akan menya.lakan api di bahagian bawah.

Dan api ini akan memang.gang mang.sa di dalam. Kalau panas, orang pun akan menjeritlah.

Cuma lembu ini ada keistimewaan sikit. Bunyi jeritan mang.sa akan keluar daripada mulut dan hidung lembu gangsa tersebut. Cuma bunyi itu akan bertukar menjadi lolongan lembu.

Dipanggang hidup-hidup.

Penggunaan lembu ini hanya khas untuk pesa.lah yang betul-betul “mencela.kakan”. Mungkin sebab itulah hµkµman ini jarang digunakan.

RUJUKAN:

Mills, L. (2018). Paraclete the Advocate. iUniverse.

Werness, H. (2006). Continuum Encyclopedia of Animal Symbolism in World Art. A&C Black. Halaman 354.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.