3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu di Sumatera Timur. Ia juga menjadi titik tolak orang Melayu Semenanjung menolak untuk sertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, sultan-sultan di beberapa negeri dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh buruh ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula kuasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata iaitu Parti Komunis Indonesia.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubung dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera, Amir Syarifuddin tiba di Serdang dalam negeri Asahan dan hasut para penyokong komunis supaya hapuskan kuasa sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang.
Secara rahsia, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk hapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Mereka buat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk hasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’.
Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ada hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
Tibanya detik 3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI mengajak bersama-sama menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan umumkan bahawa kerajaan Melayu dah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain dilakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan serta kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh.
Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai diserbu dan dirompak. Kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda menghilangkan diri.
Kerabat-kerabat sultan di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut pakai baju Melayu dan tambah gelaran Batak di depan nama. Mereka hilangkan gelaran Tengku atau Wan kerana takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, berlaku rampasan kuasa dipimpin Suharto yang memusnahkan Parti Komunis Indonesia.
Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Oleh: Azizul Farhan
___
Ingatlah kata-kata Hamka wahai umat Melayu yang membaca ini. “Melayu itu ialah mereka yang berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu. Kenali identiti jati diri Melayu bersama KITAB TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera!
https://bit.ly/40FLVup
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih