Filem Sergeant Hassan diterbitkan pada 1958. Karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni menceritakan berkenaan penjajahan Jepun di Tanah Melayu sewaktu era Perang Dunia Kedua. Ditayangkan di pawagam pada Ogos 1958, iaitu sempena sambutan ulang tahun pertama kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

 

Sebenarnya watak Hassan bukan rekaan semata-mata, tapi memang betul-betul wujud!

 

Karya ni sebenarnya mengangkat watak sebenar yang wujud. Sarjan Hassan Othman, seorang wira yang tidak didendang. Namun, berbeza dengan filem, Sarjan Hassan yang sebenar berkhidmat ketika era serangan komunis, dan bukannya Jepun.

 

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dikatakan membeli skrip yang ditulis sendiri oleh Has­san de­ngan harga RM10,000, selain imbuhan diberikan oleh penerbit kerana menggunakan namanya.

 

Lahir pada 15 Februari 1927 di Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau sertai tentera selepas isteri (Siti Zabedah Ali), ibu mertua dan anak saudaranya dibunuh oleh pihak Bintang Tiga.

 

Beliau bermula sebagai rekrut pada tahun 1946, beliau ditugaskan di Batalion Pertama Askar Melayu Sungai Petani setelah tamat latihan di Depoh Port Dickson dan kemudian berpindah di Keroh, Baling, Gerik dan Tapah.

 

Sebaik tamatkan latihan rekrut pada 10 Jun 1947, beliau sertai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu dan dilantik jadi Lans Koperal pada 28 April 1948 sebelum bertukar ke Batalion Keempat rejimen itu pada 1 Disember 1949 dan dinaikkan pangkat kepada Koperal pada 24 Oktober 1950.

 

Kesungguhan beliau membuatkan beliau dinaikkan pangkat kepada Sarjan mulai 1 September 1952 dan berkhidmat bersama Batalion Keempat yang berpangkalan di Mentakab, Pahang.

 

Pada 1950 hingga 1953, beliau telah membunuh 11 orang anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat RAMD.

 

Pada 30 Disember 1953, beliau dianugerahkan pingat Military Medal. Pengiktirafan itu diterima apabila Ratu Elizabeth II melalui London Gazette menganugerahkan pingat berkenaan kepada Hassan pada 12 Mac 1954. Pingat disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray di King’s House, Kuala Lumpur.

 

10 hari sebelum pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Sarjan Hassan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di Waterfall Estate, Rawang, Selangor yang didakwa cuba mensabotaj majlis tersebut.

 

Hassan tamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima Melayu pada 1967 selepas berkhidmat selama 21 tahun dengan menyandang pangkat terakhir sebagai kapten.

 

Allahyarham Sarjan Hassan meninggal dunia pada 30 April 1991 ketika berusia 63 tahun, akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

 

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) sendiri pernah mengadakan pameran “Sarjan Hassan: Pahlawan Terbilang”, di Muzium Negeri Sembilan, pada 16 hingga 31 Ogos 2016.

 

Cucu beliau, Mohd Ariffin berkata, hanya sebahagian sahaja kisah perjuangan datuknya yang dipaparkan dalam filem Sarjan Hassan.

 

Seperti watak apek jual sayur menjadi penghubung antara Sarjan Hassan dan keluarganya. Namun, kisah benarnya penjual sayur itu memang wujud tetapi dia ialah tali barut komunis yang memberi maklumat mengenai datuk dan keluarganya.

 

Selain itu, kisah sebenar Sarjan Hassan turut dipaparkan dalam adegan kesulitan untuk berjumpa keluarganya kerana rumah dikawal ketat dan adegan bapa Sarjan Hassan dipukul dan ditahan komunis.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Setiap kali 31 Ogos, mesti akan ditayangkan Sarjan Hassan ni di TV. Tapi bukan Sarjan Hassan seorang je kita patut tahu. Kenal juga Dato’ Mohd Rani Abdul Rashid, mantan Komander VAT69 yang turut menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera! https://bit.ly/pdhshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply