Semestinya korang pernah nampak gambar Tun Abdul Razak beruniform tentera Jepun suatu masa dulu. Namun, tuduhan sangat berat apabila kita mengatakan beliau ialah tali barut Jepun.

 

Jadi Tun Abdul Razak sebenarnya apa?

 

Tun Razak pada tahun 1939 berkhidmat dibawah Malay Administrative Service yang merupakan asas kepada Perkhidmatan Awam negara kita pada masa sekarang.

 

Disebabkan penglibatan beliau, beliau dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Raffles (National University of Singapore) di Singapura pada tahun 1940.

 

Sewaktu penaklukan Jepun keatas Malaya pada tahun 1941, Razak Hussein terpaksa pulang kembali ke Kuantan disebabkan perang yang meletus.

 

Razak Hussein mula terlibat dalam Perkhidmatan Awam Malaya yang berada dibawah pentadbiran tentera Jepun (Malai-Gunsei) yang berpangkalan di Syonan (Singapura).

 

Tun Razak dipilih kerana pengalaman beliau sewaktu di bawah naungan British. Kebanyakan kakitangan awam Melayu dan India yang pernah berkhidmat dengan perkhidmatan awam di panggil semula oleh Malai-Gunsei untuk melicinkan sistem pentadbiran negeri-negeri jajahan takluk Jepun.

 

Di waktu penglibatan Razak Hussein dalam pentadbiran awam inilah, beliau sertai pasukan Force 136 sebagai cabang Askar Wataniah yang ditubuhkan dibawah perkenan Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pada ketika itu. Beliau direkrut Yeop Mahidin, pelopor Askar Wataniah yang akan bersama-sama Force 136 melawan Jepun.

 

Disebalik uniform tentera Jepun itu, Razak Hussein menjadi orang dalam yang diharapkan sebagai mata dan telinga Askar Wataniah dalam menyampaikan maklumat pergerakan tentera, berita-berita, maklumat-maklumat pentadbiran, dan maklumat risikan tentera Jepun kepada kumpulan gerilawan Askar Wataniah.

 

Pada masa yang sama, Razak Hussein diberikan kenaikan pangkat oleh Jepun kepada pegawai daerah, memudahkan lagi beliau mendapat maklumat penting untuk disalurkan kepada Askar Wataniah.

 

Kalangan anggota Askar Wataniah melihat Razak Hussein sebagai pengkhianat kerana terus menerus berkhidmat untuk Jepun, walhal Yeop Mahidin adalah orang yang mengarahkan Razak Hussein untuk terus berada didalam organisasi pentadbiran awam Malaya untuk menjadi mata dan telinga perisikan serta pengintipan kepada Askar Wataniah.

 

Usai Perang Dunia Kedua, Tun Razak kembali melanjutkan pelajaran dan disini almarhum terlibat aktif dalam pergerakan politik dan kemudiannya menjadi antara orang penting dalam membawa Malaya ke arah Kemerdekaan.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tun Abdul Razak hanyalah satu daripada ratusan lagi pejuang kebebasan yang ada di seluruh Malaya ketika pendudukan Jepun. Sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang, dapatkan MALAYA 1941 segera! https://bit.ly/Malaya1941Shopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply