Titik bengih bermulanya sejarah Kesultanan Sarawak ialah apabila Sultan Muhammad Hasan (1582M-1598M) lindung pada tahun 1598 dan dimakamkan di Tanjong Chendana, Pulau Chermin.
Apabila baginda mangkat, takhta Kesultanan Brunei telah diserahkan kepada putera sulung baginda iaitu Sultan Abdul Jalilul Akbar (1598-1659). Keadaan ini telah menyebabkan Pangeran Muda Tengah (Sultan Tengah) tidak berpuas hati.
Alasan Pangeran Muda Tengah tidak berpuas hati ialah kerana beliau telah diputerakan selepas ayahandanya menjadi sultan sedangkan kakandanya Sultan Abdul Jalilul Akbar pula dilahirkan sebelum ayahanda mereka menjadi Sultan.
Jadi menurut Pangeran Muda Tengah, beliaulah orang yang selayaknya ke atas takhta Kerajaan Brunei.
Untuk itu, beliau telah bertanyakan pakar-pakar adat istana namun tiada yang menyebelahinya. Tindakan kurang enak Pangeran Muda Tengah itu akhirnya diketahui juga oleh Sultan Jalilul Akbar.
Disebabkan tidak mahu berlakunya perpecahan dalam Kesultanan Brunei, maka baginda telah bertindak bijak dengan memberikan satu daerah dalam wilayah Brunei untuk ditadbir oleh adiknya itu. Kawasan yang dimaksudkan itu berdekatan dengan Kuching hari ini.
Pemilihan Kuching yang jauh daripada Brunei itu merupakan pertimbangan yang panjang daripada Sultan yang bimbang jika adindanya itu memberontak.
Lagipula adindanya itu memang terkenal sebagai seorang pahlawan yang tidak terkalahkan.
—-
Tamadun Melayu itu merangkumi Semenanjung, Sarawak, Brunei, Sumatera, Selatan Thailand sampailah ke Champa sana. Nak baca sejarah hebat bangsa ini? Boleh beli buku kami KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee kami: https://bit.ly/3yv9D0N
Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Leave A Reply