Bila sebut pasal kisah Nabi Nuh, kita akan teringat kisah kapal bahtera yang bawa hidupan di muka bumi. Kisah ni ada diceritakan bukan sahaja dalam agama Islam, malah juga dalam agama Abrahamik yang lain seperti Yahudi dan Kristian.

Tapi, ada satu teks purba ni juga cerita pasal kisah Nabi Nuh yakni Epik Gilgamesh. Epik Gilgamesh ni ialah kisah paling purba pernah dicatat di muka bumi. Ia berkenaan raja Gilgamesh yang zalim, dan pada suatu hari tu dewa dewi Mesopotamia hantar seorang pemuda bernama Enkidu untuk tumpaskan Gilgamesh.

Tapi, lain yang jadi. Lepas berhari hari berlawan, akhirnya Gilgamesh dan Enkidu jadi sahabat baik dan buat tag team bantai raksasa dan binatang suci dewa dewi. Akhirnya Enkidu disumpah dewi Ereshkigal untuk mati.

Disebabkan ini, Gilgamesh rasa sedih dan dia cuba cari ubat hidup kekal abadi. Lepas lama mengembara, dia bertemu Ut-Napishtim, manusia yang hidup kekal abadi. Bila ditanya tentang rahsia Ut-Napishtim hidup kekal abadi, beliau cuma menjawab dulu ada banjir besar nak berlaku. Jadi, dewa Enki perintahkan beliau untuk bina satu bahtera gergasi untuk ditempatkan setiap hidupan di muka bumi, dan beberapa orang manusia termasuk keluarganya.

Banjir besar tu berlaku dan lenyapkan semua hidupan di muka bumi lenyap, dewa dewi Mesopotamia semua menangis sebab manusia dah tak ada. Lepas beberapa ketika, Ut-Napishtim lepaskan beberapa burung merpati, layang layang dan gagak. Daripada 3 burung ni, burung gagak je yang tak balik. Ini bermakna banjir dah tamat dan surut, jadi diorang pun keluar dari bahtera. Dewa dewi yang perasan ada hidupan yang masih selamat, jadi gembira. Disebabkan usaha Ut-Napishtim, dewa Enlil berkati beliau dengan hidup kekal abadi.

Jadi dalam kisah ni, ada beberapa elemen yang mirip dengan kisah Nabi Nuh. Pertamanya, Ut-Napishtim tu serupa Nabi Nuh. Kedua, kapal gergasi. Ketiga, kisah burung, cuma dalam versi Islam, ada riwayat yang menceritakan burung merpati kena sumpah kaki merah dan gagak disumpah makan sampah. Keempat, Ut-Napishtim yang hidup lama dan kekal abadi mirip dengan umur Nabi Nuh yang capai lebih 900 tahun.

Benda ni masuk akal sebenarnya sebab ada kajian yang menceritakan Nabi Nuh ni umat sebelum Mesopotamia, maka logiklah kisah Nabi Nuh ada dalam Epik Gilgamesh dari tamadun Mesopotamia. Malah, Nabi Ibrahim tu sendiri orang Mesopotamia. Cuma kenapa kisahnya lain daripada kisah Nabi Nuh dalam 3 agama Abrahamik, kita tak tahu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply